Budak perempuan gagal tahan sebak, berjaya hafaz al-Quran dalam tempoh 9 bulan 6 hari

23 Oct 2024 • 10:30 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Budak perempuan gagal tahan sebak

Seorang budak perempuan gagal tahan sebak apabila berjaya menghafaz al-Quran dalam tempoh 9 bulan 6 hari di Akademi al-Quran Akmal.

Menerusi video yang tular di aplikasi TikTok memaparkan budak perempuan yang dikenali sebagai Fatimah Al-Zahra Ramadhani menangis ketika tasmik bagi menguji tahap pencapaian dalam penguasaan bacaan dan hafalan al-Quran.

Budak perempuan gagal tahan sebak

@akademiakmal

Replying to @nia310593 Fatimah Al-Zahra Ramadhani Al-Hafizah, pelita yang menyinar terang, air matamu adalah inspirasi buat semua yang takkan pernah hilang #akmalspeedtahfizprogramme #tahfizakmal #hafizsetahun #alquran #30juzuk #sabaqakhir #hafizah30juzuk #akademiakmal #tahfizmalaysia #tahfizquran #quran #hafizahquran #fatimahalzahra

♬ original sound - Akademi Al-Quran AKMAL - Akademi Al-Quran AKMAL

Dalam video itu, dapat dilihat Fatimah yang memakai tudung merah jambu memeluk guru wanita sebaik sahaja melepasi ujian tersebut telah mengundang rasa sebak ramai.

“Fatimah Al-Zahra Ramadhani Al-Hafizah, pelita yang menyinar terang, air matamu adalah inspirasi buat semua yang takkan pernah hilang,” ujar pusat Akademi al-Quran Akmal.

Budak perempuan gagal tahan sebak

image is not available

image is not available

Netizen turut kagum dengan Fatimah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum melihat pencapaian Fatimah mendapat gelaran hafizah di usia muda.

image is not availableimage is not available

Wanita insecure!

Dalam pada itu, ramai wanita menzahirkan ucapan tahniah kepada Fatimah bahkan ada segelintir netizen berasa insecure apabila membandingkan kebolehan mereka dengan budak perempuan itu.

image is not availableimage is not available

Sumber: TikTok @akademiakmal