Budak sekolah pun kena ‘paw’ mak cik tudung pink

29 Aug 2026 • 9:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Budak sekolah pun kena ‘paw’ mak cik tudung pink

PETALING JAYA – Kehadiran seorang wanita bertudung merah jambu yang digelar ‘mak cik tudung pink’ didakwa meminta duit daripada orang ramai di Bandar Seri Putra, Bangi mengundang rasa rimas dalam kalangan penduduk di sekitar kawasan itu.

Menerusi perkongsian penduduk di kawasan berkenaan, wanita itu didakwa setiap hari akan meminta duit RM10 daripada individu yang ditemuinya tidak kira usia termasuk pelajar sekolah.

Pengguna Thread Mysara_m menerusi hantaran dua gambar meminta orang ramai berwaspada dengan ‘mak cik tudung pink’ serta tidak memberikan wang sewenang-wenangnya.

“Hati-hati mak cik tudung pink berlegar-legar ‘paw’ semua orang. Minta RM10, kalau tak ada duit tunai, boleh transfer katanya. Scammer terbaik, mohon semua palau (buat tak tahu) ya,” katanya.

Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada penduduk yang berkongsi dakwaan sama berhubung wanita tersebut.

“Rimas dengan dia, di mana-mana ada. Entah-entah orang sini ke bukan,” komen Sarahomebasedbakery.

“Budak sekolah pun kena ‘paw’, saya tengok status WhatsApp anak saya. Kawan dia muat naik video kena ‘paw’ dengan mak cik ni,” komen Ayrishgallery.

“Hari tu dia lepak minta duit dalam 30 minit dapat RM40, bayangkanlah. Saya perasan kalau dia dapat, dia minta masih minta orang lain,” dakwa Dinanajihah. – KOSMO! ONLINE

The post Budak sekolah pun kena ‘paw’ mak cik tudung pink appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved