Kerja penambakan haram jejas kesihatan 500 penduduk Kampung Sungai Senai

LocalEnvironment
11 Aug 2026 • 7:37 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kerja penambakan haram jejas kesihatan 500 penduduk Kampung Sungai Senai

PONTIAN: Kehadiran puluhan lori membawa sisa bahan binaan yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penambakan haram menimbulkan kebimbangan kira-kira 500 penduduk Kampung Sungai Senai di sini apabila ia didakwa menjejaskan kesihatan dan kehidupan harian mereka.

Dakwa penduduk, aktiviti itu berlaku sejak tahun lalu di beberapa kawasan berhampiran penempatan, dengan lori keluar masuk hampir setiap malam bagi membawa sisa binaan yang dipercayai dari Singapura.

Kerja penambakan itu menyebabkan habuk tebal berterbangan sehingga memasuki rumah, sekali gus memburukkan keadaan kesihatan anaknya yang menghidap asma.

Seorang penduduk, Nur Amiratul Azwa Mohd. Kamil, 35, berkata, anaknya berusia enam tahun itu kini lebih kerap mengalami serangan asma dan batuk berbanding sebelum aktiviti penambakan bermula.

“Habuk bukan sahaja memenuhi kereta, malah memasuki rumah sehingga perabot turut diselaputi debu. Kami terpaksa membeli penapis udara bagi memastikan kesihatan keluarga lebih terjamin,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Suffian Samoori, 42, berkata, puluhan lori didakwa mula memasuki kawasan tersebut antara pukul 10 malam hingga 2 pagi hampir setiap hari, sekali gus mengganggu waktu rehat penduduk.

Katanya, bunyi bising daripada kenderaan berat dan kerja-kerja penambakan menyukarkan penduduk tidur, selain debu yang mencemarkan persekitaran.

“Apabila cuaca panas, habuk berterbangan di seluruh kawasan. Ketika hujan pula, jalan menjadi lecak dan menyukarkan pergerakan penduduk,” katanya.

Jelasnya, kawasan yang dahulunya merupakan kebun sawit terbiar kini berubah menjadi lokasi aktiviti penambakan yang menimbulkan pelbagai kesan kepada komuniti setempat.

Jumaat lalu, media melaporkan kegiatan penambakan haram membabitkan sisa bahan buangan dari Singapura dikesan berlaku di sekitar Belokok, Peradin dan Simpang Kiri, Pontian, dengan operasi didakwa aktif terutama pada waktu malam.-UTUSAN

The post Kerja penambakan haram jejas kesihatan 500 penduduk Kampung Sungai Senai appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved