
Budak Tiga Tahun Derita Tak Dapat Tidur Dua Hari, Jiran Beri Minum Air Bercampur Syabu
Kanak-kanak berusia tiga tahun di Samarinda dilaporkan positif dadah selepas diberi air bercampur dadah jenis syabu atau methamphetamine oleh jirannya, lapor Tribun News.
Kesan daripada kejadian itu, kanak-kanak tersebut dipercayai tidak dapat tidur selama dua hari dan terpaksa dibawa ke Hospital AW Syarwanie, Samarinda untuk mendapatkan rawatan.
Kejadian itu disedari ibu mangsa selepas mendapati anaknya mula berkelakuan aneh lalu dia kemudiannya melaporkan perkara itu kepada Polis Samarinda.
Susulan laporan itu, Unit Narkotik Polis Samarinda telah menahan tiga orang individu.
Individu tersebut disyaki terlibat dalam memberi air minuman mengandungi methamphetamine kepada kanak-kanak itu.
Peguam daripada Pasukan Tindak Balas Pantas Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak Kalimantan Timur, Dyah Lestari berkata ketiga-tiga pelaku telah berjaya ditangkap pada petang 9 Jun lalu di kawasan Tanah Merah, Samarinda Utara.
“Unit Narkotik telah menahan dua orang individu yang menjadi saksi perbuatan itu pada malam Jumaat lalu.
“Kemudian pada Sabtu petang, seorang lagi individu ditangkap,” jelas Dyah Lestari.
Selepas penahanan itu dibuat, Dyah telah menemani ibu mangsa bagi membuat laporan rasmi di Polis Samarinda berkenaan kejadian itu.
“Saya hanya menemani ibu kanak-kanak itu membuat laporan dan BAP. Status ketiga-tiga individu itu masih tidak didedahkan kerana ia masih dalam siasatan polis,” jelasnya.
Ketua Polis Samarinda, Kombes Pol Ary Fadli pada Ahad lalu mengesahkan penahanan tiga individu yang disyaki pelaku dalam kejadian tersebut.
Suspek wanita berusia tiga tahun yang juga jiran mangsa disyaki melakukan perbuatan tersebut
Bagaimanapun, hanya seorang suspek dilaporkan telah bertindak melakukan perbuatan itu.
Suspek merupakan seorang wanita berusia 50 tahun dan juga jiran kepada mangsa.
Individu terbabit dinamakan sebagai suspek selepas terbukti telah memberi air bercampur methamphetamine kepada kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun tersebut.
“Kami menahan pelaku pada Sabtu lalu. Dia didakwa memberikan botol berisi air yang dicampurkan dengan methamphetamine,” kata Kompul Rengga.
Ekoran kejadian itu, jika disabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara selama lima tahun.
Sumber: Tribun News
The post Budak Tiga Tahun Derita Tak Dapat Tidur Dua Hari, Jiran Beri Minum Air Bercampur Syabu appeared first on Siakap Keli.

![[VIDEO] Selepas Diberi Minum Air Putih Di Rumah Jiran, Kanak-Kanak 3 Tahun Ini Didapati Positif Sy4bu!](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)
