“Budak tu je yang faham” – Cikgu Geleng Kepala Lihat Tulisan Jawi Murid Versi ‘Baru’, Netizen Pun Sekali Terhibur!

Entertainment
11 Aug 2022 • 5:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menjadi seorang guru bukanlah sesenang yang disangka apabila perlu mendidik anak bangsa dengan berbeza latar belakang dan ragam. Ada yang perlu dididik dengan lemah lembut dan ada juga perlu diberi sedikit ketagasan agar anak didik ini menjadi manusia yang berguna pada masa hadapan.

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial melibatkan seorang guru yang geleng kepala melihat gelagat anak muridnya yang melakukan sesuatu yang diluar pemikirannya.

Tulisan jawi versi ‘baru’

Video berdurasi 45 saat itu telah dikongsi di laman TikTok Shahrul Afiq (@shahrulafiq01) yang menceritakan gelagat anak muridnya menulis jawi ‘versi’ baru.

@shahrulafiq01

Korang rasa mane satu tulisan jawi yang betul? Cehh comment image is not available#fypシ #fyp #lawakbudaksekolah

♬ original sound – Shahrul Afiq – Shahrul Afiq

“Aku bagi kerja dekat budak, punyalah senang. Benda dah belajar, jawi.”

Cikgu banding kerja anak murid lain, confused mana satu yang betul

Menerusi video tersebut, cikgu itu membandingkan tulisan jawi anak muridnya dan boleh dilihat sangat berbeza melalui cara penulisan mereka.

“Ni tulisan murid lain, okay je. Sampai budak ni, Ya Allah….”

Yang paling geli hati, tulisan jawi versi ‘baru’ anak muridnya tersebut hanya berbentuk bulat dan simbol tambah! hahahaha.

“Ni dik.. ni mana punya jawi dik tambah bulat ni dik..”

image is not available

 

Netizen geli hati dengan telatah anak murid

Video tersebut meraih 800,000 tontonan dengan 98,000 sukaan dalam masa empat hari sahaja. Rata-rata netizen geli hati melihat gelagat anak murid tersebut yang boleh dikatakan kreatif dalam masa yang sama terkedu melihat tulisan baru yang dicipta olehnya.

image is not available

image is not available

image is not available

Semoga guru-guru di Malaysia ni tabah menghadapi cabaran dalam melayan karenah dan ragam anak murid. Tapi kadang-kadang comel je bila kita fikir balik telah diorang ni. Layankan jelah…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article