Budak Umur Lapan Tahun Tular, Boleh Melekat Pada Dinding Macam Spiderman

29 Jul 2023 • 7:25 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Viral video budak silang kaki melekat pada dinding

Budak Umur Lapan Tahun Tular, Boleh Melekat Pada Dinding Macam Spiderman. Seorang budak perempuan berumur lapan tahun di wilayah Fujian, China tular kerana kebolehannya untuk melekat pada dinding tanpa menggunakan sebarang peralatan.

Menurut Kosmo, berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan ibunya, dia dilihat memanjat dinding ruang tamu sebelum duduk dalam keadaan seperti melekat pada dinding sambil menonton televisyen.

Silang kaki sambil menonton TV

Kanak-kanak itu menyilang kedua-dua tangannya sambil menonton televisyen dalam keadaan santai.

image is not available

Ibu kanak-kanak itu yang menggunakan nama @Ruxiangsuisu di media sosial China, mendedahkan bahawa mereka pada awalnya tidak menyedari kebolehan luar biasa tersebut sehingga dia memeriksa rakaman CCTV. 

Menurut si ibu, anaknya mempunyai sifat berani dan gemar melakukan aktiviti berbahaya. 

Tambahnya, iklim lembab di bandar tepi pantai yang didiami mereka di Pulau Pingtan mungkin menjadikan kanak-kanak tersebut lebih mudah melekat pada dinding.

Netizen mempersoalkan kebolehan budak tersebut

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen yang cuba mencari penjelasan di sebalik kebolehan seperti watak adiwira Spiderman itu. 

Seorang pengguna media sosial memberitahu, disebabkan badan kanak-kanak adalah  ringan, lebih mudah untuk mereka melekat pada dinding. 

“Jelas kanak-kanak ini memanjat dinding kerana dia ingin mengawal saluran televisyen yang ditonton,” kata netizen secara berseloroh sambil merujuk kepada alat kawalan jauh yang dipegang budak itu

Baca juga artikel yang berkaitan: