Budaya ahli politik di Negara ini – suka buat tuduhan tidak berasas dan suka bohong dan curi dari rakyat

Opinion
13 Dec 2022 • 4:00 PM MYT
FLK
FLK

Used to do a bit of work in corporate restructuring, corporate `undertaker.

Image from: Budaya ahli politik di Negara ini – suka buat tuduhan tidak berasas dan suka bohong dan curi dari rakyat
Sumber gambar: Inc Magazine

Semasa kempen PRU 15 yang baru lepas, pelbagai tuduhan di buat di antara parti parti politik dan gabungan politik sesama satu.

Satu tuduhan yang kerap di buat semasa kempen setiap gabungan politik yang bertanding akan menuduh persaingan mereka suka berbohong kepada rakyat dengan membuat pelbagai janji manis.

Sejurusnya mereka akan menyeru rakyat jangan percaya dengan gabungan politik lain yang bertanding.

Tuduhan bahawa ahli politik atau gabungan berbohong kepada rakyat? Bila setiap gabungan buat tuduhan yang sama terhadap gabungan yang bersaing sama, bukan ini bermaksud mereka juga sama iaitu berbohong.

Budaya setiap ahli politik, terutama mereka yang ada cita cita untuk memendikkan perjalanan ke puncak pimpinan dan memimpin parti politik mereka ialah mereka mesti belajar bagaimana nak bohong, terutamanya kepada rakyat di Negara ini.

Kalau ahli politik tak bohong, mereka tidak akan kekal lama dalam karier mereka sebagai ahli politik di Negara ini.

Mereka tidak akan di pilih oleh pucuk pimpinan parti politik atau gabungan politik mereka untuk memimpin sebarang cawangan kerajaan atau GLC atau di lantik sebagai Duta mewakili Negara kita kepada Negara lain.

Budaya bohong mencapai kemuncak dalam bulan Feb 2020 bila sekumpulan ahli ahli politik dan gabungan mereka, tipu dan mencuri kehendak dan pilihan majoriti rakyat.

Mereka membentuk kerajaan dengan mengabung dengan gabungan politik yang telah di tolak oleh majoriti rakyat mengabaikan kehendak dan pilihan yang dibuat oleh majoriti rakyat.

Sebarang tuduhan terhadap mereka semasa mereka memerintah ialah gabungan tersebut semasa masa mereka memerintah ialah mereka mengabaikan kepentingan orang orang Melayu.

Semasa gabungan politik ini memerintah selama 22 bulan, tiada ada sebarang aduan melapurkan mereka tipu dan curi duit rakyat melalui projek projek yang membazirkan atau yang tidak dapat di lengkapi.

Dan tiada kes pencurian seperti dalam kes 1MDB di mana berbilion billion dalam matawang dollar Amerika di pinjam dari pelbagai pelbagai bank antarabangsa.

Dan billion billion matawang dollar Amerika itu lesap saja tanpa di salur balik untuk membangunkan Negara.

Akhirnya rakyat yang akan menanggung bayaran balik pinjaman tersebut dimana penyelesaian bayaran balik pinjaman tersebut di jangka mengambil masa 20 tahun lagi.

Dalam keadaan sekarang di mana ekonomi negara di jangka akan meleset lagi sementara bayaran balik pinjaman tersebut terpaksa di beri keutamaan terdahulu dan dengan ketidaaan sumber baru untuk menaikan pendapatan Negara kita, , kita akan menghadapi masaalah untuk membangunkan Negara ini kerana kesesakan kewangan.

Sebarang inisiatif untuk memperluaskan perkhidmatan kesihatan untuk berhadapan dengan pandemik yang baru tidak akan dapat di sediakan.

Sebarang inisiatif untuk menambah baik taraf pendidikan supaya generasi baru kita dapat menyaing dan mendapat pekerjaan di pasaran antarabangsa tidak akan dapat di tunaikan.

Dalam PRU 15, rakyat sudah membuat pilihan mereka tapi pilihan mereka juga di abaikan dengan sesuka hati oleh ahli ahli politik antara mereka sesama sendiri.

Sekali lagi, Rakyat di perbodohkan dan di tipu oleh ahli ahli politik lagi.

Sebarang perjanjian buat semasa PRU semuanya adalah janji manis saja.

Ahli ahli politik dan gabungan gabungan mereka kerap bohong dan tipu rakyat.

Sebarang pengelutan kuasa antara mereka di buat bukan untuk kepentingan rakyat tapi untuk diri sendiri mereka.

Kepentingan rakyat tidak pernah di dahulukan selama ini. Sampai sekarang, setelah kerajaan telah di bentuk, masih ada banyak tuduhan di buat di mana di antaranya pihak yang tidak dapat peluang untuk membentuk kerajaan menuduh kerajaan sekarang terdiri dari perompak dan penyamun dan gabungan politik yang membentuk kerajaan hari ini telah melakukan satu penipuan pilihan raya terbesar pada PRU15.

Tuduhan tuduhan ini semuanya tidak membawa sebarang manafaat kepada rakyat jelata. Tuduhun tuduhan ini di buat atas satu matlamat iaitu bagaimana melemahkan kerajaan yang ada sekarang dan kalau Berjaya bagaimana nak menjatuhkan dan menggantikan mereka sebagai kerajaan Negara ini.

Tidak ada sebarang petunjuk dalam semua tuduhan tuduhan yang di lempar di antara sesama mereka mengandungi sebarang pelan tindakan bagaimana mereka akan dapat menolong dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat di Negara ini.

Yang jelas hanya mereka mahu memimpin Negara ini tidak kira apa kos nya.

Kepentingan rakyat berada dalam ruang terakhir dalam tangga keutamaan setiap ahli politik di Negara ini.

Kalau rakyat sendiri masih berada dalam awan mimpi dan tidak sedar bahawa kesemua ahli politik dalam Negara kita, tak kira dari pihak pemerintah atau pembangkang, adalah pembohong, kita layak  berada dalam keadaan sekarang dan selama lamanya.

Harap bilangan Rakyat yang sedar dan kenal budaya bohong ini kian meningkat setiap hari. 

Dan rakyat tolak budaya bohong ini beramai ramai setiap kali janji manis pemimpin pemimpin dan ahli ahli politik tidak di tunaikan seperti yang di janji.


FLK is a content creator under the Newswav Creator programme, where you get to express yourself, be a citizen journalist, and at the same time monetize your content & reach millions of users on Newswav.

Log in to creator.newswav.com and become a Newswav Creator now!

Newswav is solely an aggregation platform and hosts the content. The views expressed and content above including media (pictures, videos, etc) were provided by the author. If you have any questions about the content, copyright or other issues of the work, please contact Newswav.