Budaya membaca perlu jadi agenda pembinaan negara – Fadhlina

8 Aug 2026 • 12:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Budaya membaca perlu jadi agenda pembinaan negara – Fadhlina

KUALA LUMPUR – Budaya membaca dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda, perlu dilihat sebagai sebahagian daripada agenda pembinaan negara.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, usaha memupuk minat membaca perlu dimulakan sejak usia awal, selain memastikan budaya ilmu dan pembacaan terus dipelihara.

“Bila kita membicarakan tentang membaca, ia bukan sekadar berhormat kepada konteks bacaan atau konteks pembacaan itu sahaja. Tetapi secara keseluruhan, bagaimana membaca ini adalah sebahagian daripada agenda membina negara.

“Sebab itu, sedaya-upaya kita mahukan anak-anak mula lebih awal, dan kita yang di (usia) pertengahan ini, pastinya generasi yang lebih senior, mengekalkan disiplin dan budaya ini supaya ia menjadi salah satu daripada ekosistem pembacaan dan ilmuwan yang tinggi dalam negara ini,” katanya ketika menghadiri Pertemuan Kelab Perempuan Membaca di sini hari ini. 

Fadhlina berkata, usaha memperkukuh budaya membaca juga penting bagi memastikan pembangunan negara tidak hanya tertumpu kepada isu-isu besar, sebaliknya turut memberi perhatian kepada pembinaan budaya ilmu dalam masyarakat.

“Syabas saya ucapkan kepada Kota Buku kerana mendukung hasrat kita untuk melihat Malaysia ini bukan sekadar membicarakan tentang soal-soal yang besar, tetapi jauh lebih penting adalah soal budaya ilmu, budaya membaca sebagai kerangka kepada pembinaan negara ini,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku, Adibah Omar berkata, pertemuan yang berlangsung di Semua House itu merupakan siri pertama yang dianjurkan secara berkala bagi membina komuniti wanita yang aktif membaca. 

“Kelab Perempuan Membaca ini telah kita lancarkan ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Jun yang lalu. 

“Mengetengahkan 12 tema untuk 12 bulan ke hadapan, kami mengajak kesemua peserta kelab kita yang pada hari ini sudah mencecah hampir 5,000 orang seluruh negara untuk bersama dengan kita menelaah pelbagai judul-judul yang berkaitan dengan tema-tema yang kita telah sediakan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Budaya membaca perlu jadi agenda pembinaan negara – Fadhlina appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved