Jangan salah faham! Dialog antara agama penting bina persefahaman, perkukuh rasa hormat – Aaron Ago

LocalPolitics
8 Aug 2026 • 4:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kepelbagaian agama, budaya dan latar belakang masyarakat perlu dilihat sebagai kekuatan dalam membina sebuah negara yang bersatu, bukannya punca perpecahan, kata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Beliau berkata, pengalaman sejarah Melaka sebagai pusat perdagangan maritim antarabangsa sejak lebih enam abad lalu membuktikan masyarakat daripada pelbagai tamadun mampu hidup bersama melalui sikap saling menghormati, keterbukaan dan kerjasama.

“Melaka mengajar kita satu pengajaran yang kekal relevan hingga hari ini. Keamanan tidak dicapai dengan menghapuskan kepelbagaian. Keamanan dicapai apabila kepelbagaian diterima melalui sikap saling menghormati, keterbukaan dan kerjasama,” katanya ketika berucap pada Persidangan Keamanan Antara Agama Antarabangsa (IIPC) 2026 di Melaka.

Image from: Jangan salah faham! Dialog antara agama penting bina persefahaman, perkukuh rasa hormat – Aaron Ago

Persidangan itu dirasmikan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.

Image from: Jangan salah faham! Dialog antara agama penting bina persefahaman, perkukuh rasa hormat – Aaron Ago

Turut hadir Ahli Lembaga Pengasas Pusat Dialog Antara Agama Antarabangsa Doha, Profesor Dr Hamed Abdulaziz Al-Marwani; Wakil Khas Menteri Luar Negeri bagi Pembangunan Keamanan, Pendamaian dan Memerangi Islamofobia merangkap Pengarah Pengasas Bait Al Amanah, Datuk Dr Abdul Razak Ahmad; serta Pengarah Liga Dunia Islam Malaysia, Dr Muhammad Gharawi.

Aaron berkata, dialog antara agama penting dalam membina persefahaman serta menghapuskan salah faham dan prejudis antara penganut agama berbeza.

Image from: Jangan salah faham! Dialog antara agama penting bina persefahaman, perkukuh rasa hormat – Aaron Ago

Menurutnya, dialog berkenaan tidak seharusnya disalah tafsir sebagai usaha mengubah pegangan agama atau menghakis prinsip kepercayaan seseorang.

“Dialog antara agama bukan mengenai usaha mengubah kepercayaan sesiapa. Ia bukan mengenai berkompromi terhadap prinsip agama, sebaliknya dialog antara agama adalah untuk mewujudkan kefahaman bersama sambil menghormati perbezaan yang ada,” katanya.

Beliau berkata, platform seperti IIPC turut memberi ruang kepada pemimpin agama, pembuat dasar dan masyarakat sivil daripada pelbagai negara untuk berkongsi pandangan, pengalaman serta amalan terbaik dalam usaha memperkukuh keamanan dan keharmonian sosial.

Katanya, dialog antara agama juga mampu memainkan peranan dalam membetulkan salah faham, mengurangkan prejudis serta memupuk rasa saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang agama.

Dalam pada itu, Aaron berkata pembinaan negara bangsa kini menjadi antara keutamaan strategik negara menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Image from: Jangan salah faham! Dialog antara agama penting bina persefahaman, perkukuh rasa hormat – Aaron Ago

Katanya, agenda berkenaan perlu dilaksanakan secara jangka panjang bagi membentuk identiti Malaysia yang kukuh, di samping mengekalkan kepelbagaian budaya, agama dan etnik yang menjadi kekuatan negara.

“Budaya, kepercayaan dan kepelbagaian bukan elemen sampingan dalam pembinaan negara bangsa, sebaliknya ia antara tonggak terkuatnya,”ujar beliau.

Sehubungan itu, beliau berkata Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan terus memperkukuh agenda perpaduan menerusi dialog antara budaya, penglibatan komuniti dan pemerkasaan inisiatif di peringkat akar umbi.

Image from: Jangan salah faham! Dialog antara agama penting bina persefahaman, perkukuh rasa hormat – Aaron Ago

Beliau turut berharap perbincangan pada IIPC 2026 dapat menghasilkan Resolusi Keamanan yang memperkukuh komitmen bersama untuk meningkatkan persefahaman antara agama, menolak kebencian dan ekstremisme serta memperluas kerjasama demi keamanan, keharmonian dan kehidupan bersama secara aman.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved