Kadar bantuan tunai bulanan bagi BUDI Agri-Komoditi dikekalkan RM400 sebulan bagi membantu mengurangkan beban kos diesel jentera pertanian susulan peningkatan harga pasaran tenaga global.
Langkah proaktif ini dilaksanakan bagi menyokong pengusaha sektor agro-makanan dalam mendepani kenaikan kos operasi jentera pertanian.
Bagi pekebun kecil, petani, dan penternak yang belum mendaftar, permohonan baharu dibuka sepanjang tahun melalui https://www.budimadani.gov.my/
Berdasarkan jadual pembayaran, permohonan yang diterima sepanjang 1 hingga 30 Jun telah mula dibayar bermula 6 Julai 2026.
Rujuk maklumat lanjut mengenai BUDI Agri-Komoditi dan permohonan baharu subsidi diesel RM400 di bawah.
Pengenalan BUDI Agri-Komoditi
BUDI Agri-Komoditi ialah salah satu kategori di bawah inisiatif Bantuan Subsidi Madani (BUDI Madani) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia.
Kategori ini adalah khusus untuk petani kecil (Tanaman, Akuakultur, dan Ternakan) dan pekebun kecil (Sawit, Getah, Koko, Lada, dan Kenaf) di Semenanjung Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
Mulai 22 Jun 2026, petani kecil dan pekebun kecil di Sabah dan Sarawak juga adalah layak memohon BUDI Agri-Komoditi dengan syarat individu/pertubuhan/syarikat/koperasi tersebut berdaftar dengan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) bagi petani/pekebun kecil di Sabah serta Lembaga Industri Getah Sarawak (SARIB) dan Kementerian Industri Makanan, Komoditi & Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) bagi petani/pekebun kecil di Sarawak.

Program ini bertujuan menyalurkan bantuan tunai bulanan kepada petani kecil, penternak, dan pekebun kecil komoditi bagi mengurangkan kesan penargetan semula subsidi diesel terhadap kos operasi jentera pertanian mereka.
Melalui program bantuan tunai bulanan ini, golongan sasar dapat mengekalkan kos operasi jentera pertanian tanpa perlu menaikkan harga jualan hasil bumi kepada pengguna akhir.

Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan tunai bulanan bagi BUDI Agri-Komoditi telah dinaikkan kepada RM400 sebulan.
- RM200: Kadar bantuan asas bulanan sedia ada.
- RM200: Tambahan bantuan interim bagi mendepani gangguan pasaran petroleum antarabangsa
Peningkatan kadar bantuan interim ini diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi membantu meringankan beban pengoperasian ekoran impak kenaikan kos bahan api diesel global.
Syarat Kelayakan
- Bagi kategori pertanian, pengusaha pertanian sepenuh masa termasuk petani dan penternak yang terlibat dalam aktiviti tanaman, ternakan dan akuakultur layak memohon bantuan penyasaran subsidi diesel.
- Bagi kategori perladangan pula, pengusaha pertanian sepenuh masa termasuk pekebun kecil sawit, getah, koko, lada dan kenaf layak memohon.
Kriteria kelayakan bantuan penyasaran subsidi diesel sektor pertanian dan perladangan adalah seperti berikut:
Petani Kecil Sepenuh Masa*
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan tetap tahunan individu RM100 ribu dan ke bawah;*
- Individu/ Pertubuhan yang berdaftar dengan KPKM melalui sistem pendaftaran GeoAgro di pautan https://geoagro-register.kpkm.gov.my/ ataupun telah berdaftar dengan agensi berkaitan iaitu: –
- Sektor tanaman dengan Jabatan Pertanian Malaysia (tidak termasuk pesawah padi)
- Sektor ternakan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dan Sektor akuakultur dengan Jabatan Perikanan Malaysia (tidak termasuk nelayan)
- Individu/Pertubuhan perlu berdaftar dengan agensi Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) bagi petani kecil di Sabah dan Kementerian Industri Makanan, Komoditi & Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) bagi petani kecil di Sarawak.
- Individu/Pertubuhan yang merupakan pengusaha pertanian berskala kecil yang memiliki dan mengusahakan hasil pertanian makanan dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pengusaha pertanian kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil pertanian tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000; dan
- Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI Diesel iaitu https://budidiesel.gov.my/ termasuk mengesahkan memenuhi kriteria kelayakan termasuk tahap nilai jualan tahunan.
Pekebun Kecil Sepenuh Masa*
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan tetap tahunan individu RM100 ribu dan ke bawah;*
- Individu perlu berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian Perladangan & Komoditi, seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi pekebun kecil persendirian, Lembaga Getah Malaysia (LGM) Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Lembaga Lada Malaysia (MPB) dan Lembaga Koko Malaysia (LKM);
- Individu perlu berdaftar dengan agensi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) bagi pekebun kecil di Sabah serta Lembaga Industri Getah Sarawak (SARIB) bagi pekebun kecil di Sarawak.
- Sebagai panduan, pekebun kecil melibatkan keluasan tanah yang dimiliki dan diusahakan mengikut sektor komoditi /jenis tanaman seperti berikut:
- Pekebun kecil Sawit persendirian: keluasan 0.5 hektar hingga 4.5 hektar
- Pekebun kecil Getah persendirian: keluasan 0.5 hektar hingga 4.5 hektar
- Pekebun kecil Koko dan Lada persendirian: keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
- Pekebun kecil Kenaf persendirian: keluasan 0.15 hektar hingga 2.5 hektar
- Individu yang merupakan pekebun kecil yang memiliki dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pekebun kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil perladangan tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000; dan
- Memohon secara dalam talian di laman web BUDI MADANI Diesel iaitu https://budidiesel.gov.my/ termasuk mengesahkan memenuhi kriteria kelayakan termasuk tahap nilai jualan tahunan.
*Nota: Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia boleh membuat semakan ke atas maklumat pendapatan yang telah dikemukakan dan sekiranya perlu, mengeluarkan notis di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 ke atas pemohon bagi pengemukaan borang nyata cukai pendapatan.
Sektor Terlibat
Sektor yang terlibat merangkumi individu yang mengusahakan tanaman (tidak termasuk pesawah), ternakan dan aktiviti akuakultur (tidak termasuk nelayan).
Cara Permohonan
Pemohon perlu mendaftar maklumat usaha tani mereka terlebih dahulu di dalam Sistem Geoagro https://geoagro-register.kpkm.gov.my/.
Kemudian, lengkapkan permohonan dan buat pengesahan pendapatan di pautan melalui Portal BUDI MADANI di pautan https://budimadani.gov.my.
Pendaftaran hanya boleh dilakukan secara dalam talian. Pada masa yang sama pemohon boleh hadir ke jabatan/ agensi KPKM yang berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat pengisian borang permohonan.










Semakan Permohonan / Kelayakan
Untuk membuat semakan status permohonan, anda boleh terus ke Portal BUDI MADANI di pautan https://budimadani.gov.my
Log masuk dan klik butang “Semak Status” pada papan pemuka (dashboard) permohon untuk mengetahui status permohonan.
Permohonan Rayuan
Pemohon yang memenuhi kriteria kelayakan perlu berdaftar dengan Kementerian yang berkenaan terlebih dahulu.
Selepas itu, pemohon digalakkan untuk mengemukakan permohonan baharu (sekiranya belum memohon), atau mengemukakan permohonan rayuan di portal BUDI https://budimadani.gov.my.
Anda juga boleh menghubungi talian bantuan BUDI atau mengemukakan emel kepada budimadani@treasury.gov.my
Tarikh Bayaran
Pembayaran BUDI Agri-Komoditi akan dilaksanakan secara bulanan. Bagi permohonan 1 hingga 30 Jun 2026, bayaran telah mula disalurkan pada bulan Julai ini.

Rujuk jadual tarikh pembayaran BUDI Agri-Komoditi 2026 di bawah:


Maklumat Lanjut
Pertanyaan berkaitan bantuan bagi petani kecil boleh dipanjangkan melalui talian KPKM:
– 03-88701207 dan e-mel : geoagroadmin@kpkm.gov.my.
– Waktu operasi : 8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin hingga Jumaat)
Pertanyaan barkaitan bantuan bagi pekebun kecil pula boleh dipanjangkan ke KPK melalui talian:
– 03-8880 3426/ 03-8880 3431 dan e-mel: subsididiesel@kpk.gov.my;
– Waktu operasi: 8.30 pagi – 5.30 petang (Isnin hingga Jumaat).
Pertanyaan umum bekenaan BUDI MADANI boleh disalurkan melalui emel kepada budimadani@treasury.gov.my.
Baca juga: BUDI Diesel Dinaikkan RM400 Sebulan Mulai April 2026
Soalan Lazim
Apakah itu BUDI Agri-Komoditi?BUDI Agri-Komoditi merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel. Kategori ini adalah khusus untuk petani kecil (Tanaman, Akuakultur, dan Ternakan) dan pekebun kecil (Sawit, Getah, Koko, Lada, dan Kenaf) yang berdaftar dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
Adakah petani / pekebun kecil yang tidak memiliki kenderaan jenis diesel, layak mendapat BUDI Agri-Komoditi?Layak sekiranya memenuhi kriteria seperti petani kecil atau pekebun kecil dan berdaftar dengan agensi Kerajaan yang berkaitan di bawah KPKM dan KPK.
Saya merupakan pekebun kecil di bawah FELDA, FELCRA dan RISDA adakah saya juga layak menerima bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi?Pekebun kecil tersusun di bawah FELDA, FELCRA dan RISDA tidak layak untuk bantuan tunai BUDI Agri-Komoditi kerana Kerajaan akan menyalurkan subsidi diesel dan bantuan lain yang berkaitan terus kepada pihak FELDA, FELCRA dan RISDA. Kerajaan akan terus meneliti kriteria kelayakan bantuan tunai BUDI Agri- Komoditi bagi memastikan bantuan disediakan bagi pekebun kecil yang terkesan secara langsung akibat kenaikan harga diesel.
Berapa lama proses kelulusan kelayakan bantuan BUDI Agri-Komoditi?Pemohon boleh menyemak status permohonan dengan menekan butang “Semakan Status & Pembayaran” pada papan pemuka (dashboard) permohon.
Bagaimanakah kaedah pembayaran BUDI Agri-Komoditi ini akan dibuat?Pembayaran akan dikreditkan ke akaun yang berdaftar dalam sistem BUDI Agri-Komoditi atau sekiranya penerima yang lulus tiada akaun bank, bantuan dapat diterima secara tunai di mana-mana Cawangan BSN
Sekiranya permohonan didaftarkan atas nama syarikat / koperasi / pertubuhan, adakah akaun bank perlu didaftarkan atas nama syarikat / koperasi / pertubuhan tersebut?Tidak. Maklumat pemilik akaun bank yang didaftarkan mestilah sepadan dengan maklumat kad pengenalan individu (wakil) yang didaftarkan dalam permohonan.
Adakah pendaftaran secara manual bagi bantuan BUDI Agri-Komoditi boleh dilakukan?Pendaftaran hanya boleh dilakukan secara dalam talian. Pada masa yang sama pemohon boleh hadir ke jabatan/ agensi KPKM yang berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat pengisian borang permohonan. Pendaftaran perlu dibuat terlebih dahulu melalui Sistem Geoagro https://geoagro-register.kpkm.gov.my/ dan kemudiannya permohonan boleh dibuat melalui Portal BUDI MADANI Diesel di pautan https://budidiesel.gov.my/.






