Peminat ‘Mengemis’ Duit Dari Siti Nurhaliza Beli Hadiah Anak, Respon Fedtri Yahya Jadi Tumpuan – “Tak Mampu Jangan Sampai Buang Maruah”

6 Jul 2026 • 4:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Tular di media sosial satu perkongsian seorang ibu yang memohon bantuan orang ramai untuk menambah wang bagi membeli set buku dan alat mewarna yang diidamkan anaknya.

Menerusi hantaran tersebut, wanita berkenaan memaklumkan dia hanya berjaya mengumpul RM400, namun jumlah itu masih belum mencukupi untuk membeli hadiah yang diinginkan.

Advertisement

peminat mengemis

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ada yang bersimpati dengan pengorbanan seorang ibu yang mahu menggembirakan anak, namun tidak kurang juga yang mempersoalkan tindakan meminta bantuan untuk memenuhi kehendak tersebut.

Malah, personaliti TV terkenal, Fedtri Yahya turut sempat meninggalkan serangkap pantun yang mungkin membuatkan ramai berfikir sebelum ‘mengemis’ di media sosial.

View this post on Instagram

peminat mengemis

Menurutnya, sikap terlalu ingin memberikan segala yang diminta anak dikhuatiri boleh memberi kesan terhadap pembentukan emosi dan daya tahan mereka apabila meningkat dewasa.

Dalam masa sama, beberapa netizen turut berpandangan bahawa kanak-kanak perlu dididik untuk menghargai usaha ibu bapa, bersabar dan belajar bahawa setiap perkara memerlukan masa serta kemampuan kewangan.

Bagaimanapun, sebahagian pengguna lain mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu cepat menghukum kerana latar belakang setiap keluarga adalah berbeza dan tidak diketahui umum.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nasi ayam mamam tini2026-07-06 15:41:22

"Ramai Sangat Nak Nasi Ayam Saya" - Noor Kartini Buka Tawaran Orang Luar KL Jadi Ejen

The post Peminat ‘Mengemis’ Duit Dari Siti Nurhaliza Beli Hadiah Anak, Respon Fedtri Yahya Jadi Tumpuan – “Tak Mampu Jangan Sampai Buang Maruah” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved