BUDI Diesel Dinaikkan RM400 Sebulan Mulai April 2026

LocalBusiness & Finance
15 Apr 2026 • 8:42 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

TERKINI : Kerajaan MADANI menaikkan bantuan tunai Budi Diesel kepada RM400 sebulan daripada RM300 bagi tempoh interim. Tambahan RM100 dibayar mulai 21 April 2026. Budi Madani Diesel adalah sebahagian daripada inisiatif BUDI MADANI yang diperkenalkan kerajaan sebagai langkah penyasaran semula subsidi bahan api khususnya diesel. Semak kelayakan dan tarikh bayaran bulanan subsidi diesel di portal rasmi, https://budidiesel.gov.my/.

Bagi yang belum memohon, anda boleh semak kelayakan dan daftar pada bila-bila masa. Permohonan dibuka sepanjang tahun dan tiada tarikh tutup.

Rujuk info lebih lanjut mengenai Budi Madani Diesel di bawah. 

RINGKASAN KENAIKAN BUDI MADANI DIESEL

Insentif Pembajakan Pesawah (IPKP) Dinaikkan

  • RM160 kepada RM300 sehektar semusim
  • Melibatkan hampir 200,000 pesawah
  • Tambahan dana sekitar RM40 juta

Bantuan Interim BUDI Agri-Komoditi Dinaikkan

  • RM300 kepada RM400 bagi bulan April
  • Melibatkan lebih 200,000 petani & pekebun kecil
  • Tambahan dana RM20 juta sebulan

Bantuan Interim BUDI Diesel Individu Dinaikkan

  • RM300 kepada RM400 bagi bulan April
  • Melibatkan lebih 150,000 pemilik kenderaan diesel di Semenanjung
  • Tambahan dana RM15 juta sebulan

Pelonggaran Syarat Permit Diesel

  • Permit khas dilonggarkan untuk pembelian diesel melebihi 20 liter
  • Untuk kegunaan selain kenderaan

BACA JUGA: Subsidi RON95: Semakan Kelayakan Budi Madani (BUDI95)

budi diesel
Kredit: Kementerian Kewangan

Apa itu Budi Madani Diesel?

Budi Madani Diesel ialah program subsidi bersasar yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu golongan layak memiliki kenderaan diesel serta syarikat pertanian atau komoditi. 

Melalui inisiatif ini, pemohon yang layak menerima bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan bagi menampung kenaikan kos bahan api serta mengurangkan kesan inflasi ke atas harga barangan.​

Program ini diwujudkan bagi memastikan subsidi diesel hanya disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan, sekali gus mengurangkan ketirisan subsidi serta menghalang aktiviti penyeludupan bahan api. 

Kategori penerima Budi Madani Diesel merangkumi individu pemilik kenderaan diesel persendirian (bukan mewah), pekebun kecil dan syarikat agri-komoditi yang telah didaftarkan secara rasmi.​

Pelaksanaan program ini juga merupakan salah satu langkah dalam reformasi subsidi di bawah rangka kerja Ekonomi Madani.

Budi Madani Diesel 2025

Jadual & Tarikh Bayaran Subsidi Diesel Bulanan (2026)

Program Budi Madani Diesel memberi bantuan tunai RM200 setiap bulan kepada pemilik kenderaan diesel individu dan peserta agri-komoditi yang layak. 

Susulan impak kenaikan harga pasaran produk petroleum, Kerajaan telah menaikkan bantuan tunai Budi Diesel kepada RM400 sebulan daripada RM300 bagi tempoh interim. Bayaran tambahan RM100 akan dibuat mulai 21 April 2026.

Insentif Pembajakan Pesawah (IPKP) Dinaikkan

Kerajaan telah meningkatkan Insentif Pembajakan Pesawah (IPKP) bagi membantu pesawah menampung kos pengeluaran yang semakin meningkat.

Kadar insentif ini dinaikkan daripada RM160 kepada RM300 sehektar semusim bermula musim penanaman 2026, berbanding hanya RM100 pada tahun 2007. Peningkatan ini menunjukkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh sektor padi dan menjaga kebajikan pesawah.

Ringkasan:

  • RM100 (2007) kepada RM160 (2025) kepada RM300 (2026)
  • Kadar: RM300 sehektar semusim
  • Hampir 200,000 pesawah terlibat
  • Tambahan peruntukan sekitar RM40 juta
  • Musim penanaman bermula April 2026
budi diesel

Bantuan Tunai Interim BUDI Agri-Komoditi Dinaikkan

Bantuan tunai interim di bawah program BUDI Agri-Komoditi turut dinaikkan bagi meringankan beban petani dan pekebun kecil. Kadar bantuan ini telah meningkat daripada RM200 sebulan kepada RM300 pada Mac 2026, dan seterusnya dinaikkan lagi kepada RM400 sebulan bermula April 2026.

Ringkasan:

  • RM200 kepada RM300 (Mac 2026) kepada RM400 (April 2026)
  • Lebih 200,000 penerima
  • Tambahan peruntukan RM20 juta sebulan
  • RM300 telah dibayar pada 8 April 2026
  • RM100 tambahan mulai 21 April 2026
Image from: BUDI Diesel Dinaikkan RM400 Sebulan Mulai April 2026

Bantuan Tunai Interim BUDI Diesel Individu Dinaikkan

Bagi pemilik kenderaan diesel individu, kerajaan turut meningkatkan bantuan tunai interim di bawah inisiatif BUDI Diesel. Kadar bantuan dinaikkan secara berperingkat bagi membantu mengurangkan beban kos bahan api.

Ringkasan:

  • RM200 dinaikkan kepada RM300 (Mac 2026) dinaikkan lagi kepada RM400 (April 2026)
  • Sekitar 150,000 penerima di Semenanjung
  • Tambahan peruntukan RM15 juta sebulan
  • RM300 telah dibayar pada 8 April 2026
  • RM100 tambahan mulai 21 April 2026
Image from: BUDI Diesel Dinaikkan RM400 Sebulan Mulai April 2026

Pelonggaran Syarat Pembelian Diesel

Selain bantuan kewangan, kerajaan turut melonggarkan syarat permit khas bagi pembelian diesel untuk kegunaan selain kenderaan bagi memudahkan operasi pertanian.

Ringkasan:

  • Permit khas >20 liter dilonggarkan
  • Untuk kegunaan selain kenderaan (contoh: mesin/jentera)
  • Perlu kemukakan pendaftaran jentera
  • Garis panduan lanjut akan diumumkan
Image from: BUDI Diesel Dinaikkan RM400 Sebulan Mulai April 2026

Setiap bayaran dibuat selepas permohonan bulan sebelumnya diluluskan dalam sistem BUDI Madani.

Tarikh Bayaran BUDI Diesel 2026

Berikut ialah jadual dan tarikh rasmi bayaran subsidi diesel bulanan Budi Madani bagi tahun 2026:

Januari – Jun 2026

Tarikh PermohonanTarikh Bayaran
1-31 Jan10 Feb (Selasa)
1-28 Feb6 Mac (Jumaat)
1-31 Mac8 April (Rabu)
1-30 April8 Mei (Jumaat)
1-31 Mei9 Jun (Selasa)
1-30 Jun8 Julai (Rabu)

Julai – Disember 2026

Tarikh PermohonanTarikh Bayaran
1-31 Julai7 Ogos (Jumaat)
1-31 Ogos8 Sept (Selasa)
1-30 Sept8 Okt (Khamis)
1-31 Okt6 Nov (Jumaat)
1-30 Nov8 Dis (Selasa)
1-31 Dis8 Jan 2027 (Jumaat)
Image from: BUDI Diesel Dinaikkan RM400 Sebulan Mulai April 2026
Image from: BUDI Diesel Dinaikkan RM400 Sebulan Mulai April 2026

Syarat Kelayakan & Kategori Penerima Subsidi Budi Madani Diesel

Program Budi Madani Diesel menyalurkan subsidi bahan api secara bersasar kepada rakyat yang layak melalui tiga kategori utama: MySubsidi Diesel, BUDI Individu, dan BUDI Agri-Komoditi. 

Setiap kategori mempunyai kriteria khusus bergantung pada jenis kenderaan, pendapatan, serta tujuan penggunaan diesel.​

Syarat Kelayakan Umum

  • Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.​
  • Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100,000 dan ke bawah, berdasarkan semakan data LHDN.​
  • Permohonan dibuat secara atas talian melalui portal rasmi budimadani.gov.my.​
  • Akaun bank berdaftar atas nama pemohon masih aktif untuk pengkreditan bantuan tunai.​
Budi Madani Diesel 2025
Kategori Penerima Budi Madani Diesel

1. BUDI Individu

Kategori BUDI Individu terbuka kepada warganegara Malaysia yang memiliki kenderaan diesel persendirian bukan mewah dan berdaftar di bawah nama sendiri. 

Berikut antara syarat utama:​

  • Pemilik kenderaan diesel persendirian berdaftar menggunakan nombor MyKad.​
  • Cukai jalan (lesen kenderaan motor) masih aktif.
  • Pendapatan tahunan individu atau pasangan tidak melebihi RM100,000 berdasarkan data LHDN.​
  • Kenderaan bukan kategori mewah dan berumur lebih daripada 10 tahun.
  • Tidak berdaftar bagi kegunaan syarikat, e-hailing, karavan, motorhome, atau bas persiaran.​

Kriteria Kenderaan TIDAK LAYAK untuk BUDI Individu:

  • Kenderaan diesel persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat/pertubuhan. 
  • Kenderaan mewah (seperti Audi, BMW, Mercedes Benz, dsb) di bawah usia 10 tahun. 
  • Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing ; atau 
  • Jenis kenderaan: Motosikal diesel, karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran. 
Budi Madani Diesel 2025
Kriteria TIDAK LAYAK Budi Madani Diesel

2. BUDI Agri-Komoditi

Kategori BUDI Agri-Komoditi disasarkan kepada petani, penternak, dan pekebun kecil yang memerlukan diesel bagi tujuan operasi pertanian dan komoditi. 

Syarat kelayakan termasuk:​

  • Berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) seperti RISDA, LGM, MPOB, atau LPP.​
  • Terlibat secara aktif dalam tanaman, ternakan, akuakultur, atau komoditi seperti sawit, getah, koko, lada, dan kenaf.​
  • Jumlah jualan tahunan antara RM50,000 hingga RM300,000.
  • Tidak termasuk pekebun kecil di bawah FELDA, FELCRA atau RISDA kerana bantuan subsidi mereka disalurkan melalui skim khas lain.​

Permohonan dibuka sepanjang tahun melalui portal rasmi Budi Madani (budimadani.gov.my) dengan semakan silang automatik bersama data LHDN dan agensi pertanian.​

3. MySubsidi Diesel (SKSD 2.0)

Kategori MySubsidi Diesel merupakan lanjutan sistem Sistem Kawalan Diesel Subsidi (SKDS 2.0) yang melibatkan kenderaan komersial dan sektor logistik seperti pengangkutan barang, perkhidmatan awam, serta pengedaran makanan.​

  • Penerima menggunakan Kad Flit Diesel, yang mengawal jumlah diesel bersubsidi berdasarkan jenis kenderaan dan kawasan operasi.
  • Skim ini membantu mengekalkan kestabilan kos logistik, mengelakkan penyeludupan, dan memastikan peniaga serta pengusaha kecil terus beroperasi dengan efisien.
Budi Madani Diesel 2025
Syarat Kelayakan Budi Madani Diesel

Cara Mohon BUDI MADANI Diesel

DAFTAR AKAUN BUDI MADANI

  1. Layari laman web rasmi Budi Madani Diesel di pautan berikut: budidiesel.gov.my 
  2. Pilih kategori penerima dan klik “Mohon Di Sini” 
  3. Masukkan nombor MyKad dan klik Semak.
  4. Sekiranya anda belum mempunyai akaun, anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu. Klik “Daftar Akaun”. 
  5. Isi maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran akaun BUDI MADANI. Sebelum klik DAFTAR, pemohon hendaklah memastikan e-mel yang didaftarkan adalah aktif dan tiada kesalahan ejaan kerana pautan verifikasi akan dihantar ke akaun e-mel tersebut untuk pengesahan akaun.
  6. Setelah proses daftar akaun telah berjaya. Sila semak emel yang telah didaftarkan bagi proses pengesahan dan Log Masuk untuk mengemukakan Permohonan Baru atau semakan Permohonan.

LOG MASUK

  1. Buka e-mel yang diterima dan klik pautan pengesahan akaun.
  2. Kembali ke portal budidiesel.gov.my dan klik “Log Masuk”.
  3. Masukkan nombor MyKad (12 digit) dan kata laluan yang telah didaftarkan.
  4. Klik butang “Log Masuk” untuk akses ke papan pemuka (dashboard) akaun anda.

PERMOHONAN BUDI MADANI DIESEL

  1. Setelah log masuk, pilih menu “Permohonan Baru”.
  2. Pilih kategori permohonan mengikut status anda: BUDI Individu, Budi Agri-Komoditi, atau MySubsidi Diesel (syarikat)
  3. Isi borang permohonan dengan lengkap maklumat peribadi, nombor akaun bank yang aktif, dan butiran kenderaan diesel (nombor pendaftaran, tarikh luput cukai jalan, jenama/model). Sediakan dokumen sokongan dalam bentuk fail digital untuk dimuat naik.
  4. Semak semula maklumat yang telah diisi dan hantar permohonan.
  5. Tunggu pengesahan dan kelulusan permohonan yang biasanya mengambil masa beberapa hari bekerja. Status kelulusan boleh disemak di dashboard akaun anda. 

Jika kelulusan diperoleh, pembayaran subsidi RM200 akan dikreditkan secara automatik ke akaun bank anda setiap bulan. Penerima tanpa akaun bank boleh menuntut subsidi secara tunai di BSN dengan membawa MyKad.

Budi Madani Diesel 2025
Budi Madani Diesel

Semakan Status Kelayakan BUDI Diesel

  1. Layari portal rasmi BUDI MADAI Diesel di https://budidiesel.gov.my
  2. Pada halaman utama, klik butang “Log Masuk”. 
  3. Masukkan nombor MyKad dengan betul dan klik butang “Semak”.
  4. Sahkan kata laluan keselamatan (captcha) yang dipaparkan, kemudian tekan “Ya” untuk proses seterusnya. 
  5. Masukkan kata laluan akaun yang telah didaftarkan dan klik butang “Log Masuk”.
  6. Setelah berjaya log masuk, pergi ke menu “Semakan Status”. Di sini, anda boleh menyemak status permohonan mengikut kategori yang dimohon serta maklumat pembayaran subsidi diesel.
  7. Jika permohonan anda telah diluluskan, maklumat jumlah subsidi dan tarikh bayaran akan dipaparkan.Jika tidak diluluskan, anda juga boleh melihat sebab dan boleh membuat rayuan atau menghubungi pusat khidmat pelanggan.

Lihat paparan di bawah untuk melihat contoh permohonan LULUS.

Image from: BUDI Diesel Dinaikkan RM400 Sebulan Mulai April 2026
Semakan Status Kelayakan BUDI Diesel

Kaedah Pembayaran BUDI Diesel

Penerima yang layak akan disalurkan sebanyak RM200 sebulan seiring dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel. 

  1. Pengkreditan ke Akaun Bank: Biasanya pembayaran subsidi akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan dibuat di portal rasmi. Ini memudahkan penerima menerima bantuan tunai tanpa perlu hadir secara fizikal.​
  1. Tuntutan Tunai di Cawangan BSN: Bagi penerima yang tiada akaun bank, subsidi boleh dituntut secara tunai dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau info terkini, sila rujuk/layari/hubungi:

  • Portal Budi Madani Diesel: https://budidiesel.gov.my/ 
  • Pusat Panggilan SKDS: 03-8084 4566
  • Emel: mysubsididiesel@kpdn.gov.my
  • Waktu Operasi: 8.00 pagi hingga 5.00 petang​ (Isnin hingga Jumaat)

Soalan Lazim Budi Madani Diesel

Apakah BUDI MADANI Diesel?

BUDI MADANI Diesel adalah program subsidi bersasar kerajaan bagi pemilik kenderaan diesel individu, petani kecil serta syarikat pengangkutan tertentu melalui mekanisme bantuan tunai RM200 sebulan atau subsidi diesel bersubsidi menggunakan fleet card.

Siapa yang layak memohon?

Layak adalah warganegara Malaysia dengan pendapatan individu atau pasangan RM100,000 ke bawah, memiliki kenderaan diesel bukan mewah yang berdaftar atas nama sendiri dengan cukai jalan aktif, atau petani kecil/pekebun berdaftar serta syarikat pengangkutan yang menggunakan diesel.

Bolehkah pemilik motosikal diesel mohon?

Tidak. Program ini tidak meliputi motosikal diesel.

Bagaimana cara permohonan?

Permohonan dibuat secara online melalui portal rasmi BUDI MADANI iaitu https://budidiesel.gov.my dengan mendaftar akaun, mengisi maklumat peribadi dan kenderaan serta muat naik dokumen sokongan.

Bilakah permohonan dan bayaran dilakukan?

Permohonan dibuka sepanjang tahun dan bayaran tunai RM200 dibuat secara bulanan mengikut jadual yang diumumkan kerajaan.

Bagaimana jika permohonan saya ditolak?

Pemohon boleh menyemak sebab penolakan dan membuat rayuan dengan melengkapkan dokumen tambahan atau menghubungi pusat khidmat pelanggan BUDI MADANI.

Adakah subsidi diesel dikenakan had penggunaan?

Ya, untuk syarikat menggunakan MySubsidi Diesel (SKDS 2.0), terdapat had liter penggunaan dan kawalan menggunakan fleet card.

Kenapa Sabah dan Sarawak tidak termasuk?

Pelaksanaan BUDI MADANI Diesel hanya terhad di Semenanjung Malaysia kerana keperluan kajian dan kelembapan pelaksanaan sistem fleet card di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

Baca juga: eCOSS – Cara Beli Minyak Masak Subsidi (Minyak Paket)

View Original Article