Pandang Pertama Oppo Find N6 – Tiada Lagi Garis Lipatan

TechnologyDigital
11 Mar 2026 • 5:23 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo Find N6 akan dilancarkan pada 17 Mac depan dengan ia adalah sebuah lagi peranti skrin lipat mercu daripada Oppo. Dengan pelancarannya semakin hampir, kami dibenarkan berkongsi sedikit maklumat mengenai rekaan dan pandang pertama peranti skrin lipat pertama Oppo yang tidak mempunyai kesan lipatan pada skrin.

image is not available

Kami belum lagi dibenarkan mendedahkan maklumat mengenai cip pemproses, sistem kamera dan saiz bateri yang digunakan pada model tahun ini. Tetapi jika anda melihat model tahun lalu dan gambar-gambar di bawah anda boleh mengagak ia adalah sebuah peranti mercu dengan tumpuan diberikan kepada kemampuan fotografi tinggi.

SKRIN

Skrin luar kini lebih besar dan lebar 6.62″ AMOLED LTPO 120Hz serta Dolby Vision. Pada Find N5 ianya sebesar 6.6″. Ia masih mempunyai nisbah yang sama seperti sebuah skrin candybar yang memberikannya pengalaman penggunaan setanding Pixel 10 Pro Fold dan Honor Magic V5. Oleh sebab itu sepanjang tempoh ulasan jarang sekali saya merasakan perlu membuka skrin dalaman. Ini hanya dilakukan apabila saya ingin menonton YouTube, membaca ebuku dan perlu menggunakan dua aplikasi serentak.

image is not available

Skrin dalam pula 8.12″ AMOLED LTPO 120Hz juga dengan Dolby Vision yang setanding dengan model tahun lalu. Kesan lipatan skrin pada Find N6 langsung tidak kelihatan tahun ini kerana penggunaan teknologi Zero Feel Crease
. Ia menggabungkan engsel Flexion Hinge generation kedua dengan teknik cetakan 3D dan Auto Smoothing Flex Glass baharu bagi menyelesaikan isu garis lipatan.

Auto Smoothing Flex Glass menurut Oppo adalah Auto Smoothing Flex Glass adalah lebih 300% tahan lipatan, 50% lebih tebal dan mengekalkan bentuk 100% lebih baik berbanding lapisan kaca lipat terdahulu. Selepas menggunakan peranti selama 3 hari, saya masih belum dapat melihat sebarang kesan lipat pada skrin dalam.

image is not available

Skrin luar nampak lebih jelas di bawah cahaya matahari yang terik kerana keterangan skrin boleh mencecah 3600 nit dengan skrin dalam hanya mempunyai keterangan 1800 nit. Kedua-duanya juga hadir dengan sokongan stylus Oppo AI Pen. Ini amat berguna bagi mereka yang mencari peranti dengan sokongan stylus kerana ia kini semakin pupus.

Kedua-dua skrin turut tiada isu memaparkan kandungan Dolby Vision menerusi aplikasi Apple TV dan Netflix. Satu perkara lagi yang ingin saya berikan pujian ialah sistem haptik yang terasa lebih semula jadi.

BIOMETRI

Sistem biometri adalah dalam bentuk pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa di sisi kanan dan imbasan wajah. Pengimbas cap jari sisi adalah pantas dan akhirnya kedudukannya diletakkan lebih ergonomik dengan butang lebih besar. Sistem imbasan wajah disertakan yang juga pantas walaupun dalam situasi agak gelap. Dalam situasi gelap gelita, wajah perlu diletakkan lebih hampir kepada skrin untuk keterangan skrin membolehkan kamera mengecam muka.

image is not available

REKAAN

Tubuh peranti tahun ini sungguh nipis ia hanya sedikit lebih tebal berbanding port pengecasan USB-C. Model tahun lalu sudah nipis tetapi beberapa mikrometer berjaya dikurangkan lagi meletakkannya setanding dengan Z Fold7 dan Magic V5 yang juga dipasarkan sebagai peranti lipat skrin. Jika tahun lalu Find N5 diberikan Ozempic, tahun ini Find N6 diberikan dos tambahan Wegovy dan Mounjaro.

image is not available

Ini memberikan kelebihan peranti yang terasa seperti sebuah telefon pintar biasa dan juga tidak terasa begitu berat yang sinonim dengan peranti skrin boleh-lipat lain di pasaran. Proses membuka dan menutup skrin kini menjadi sedikit sukar kerana dua “pintu” lipat menjadi terlalu nipis. Seperti yang saya katakan sebelum ini, Pixel 10 Pro Fold mungkin “gemuk” tetapi ketebalannya memberikan luas permukaan untuk jari membuka peranti dengan lebih mudah.

image is not available

Bonggol berbentuk bulat Cosmic Ring di belakang juga lebih rendah membuatkan peranti tidak terasa seperti berat di bahagian atas. Model yang diulas mempunyai kemasan belakang berwarna Blossom Orange yang kini menjadi trend telefon 2026. Oppo memberikan sebuah kerangka seakan gentian karbon pada peranti yang diulas untuk melindungi permukaan yang terdedah. Kerangka melindungi kedua-dua dedaun pintu dan bukan sekadar sebelah seperti pada Magic V5.

image is not available

Terdapat butang laras audio, kuasa (merangkap pengimbas cap jari) dan Snap Key di sebelah kanan. Tiada lagi butang lungsur yang dipinjam daripada OnePlus. Snap Key boleh diprogramkan untuk melancarkan kamera, memasuki AI Mind Space, menghidupkan lampu, melancarkan kamera, merakam audio dan banyak lagi dengan ia ditetapkan sendiri oleh pengguna.

image is not available

Tubuh yang nipis menyebabkan Find N5 kini hanya dilengkapi sepasang speaker stereo dan bukan lagi tiga seperti Find N3. Kedua-dua speaker tidak diletakkan pada “pintu kiri” skrin dengan ia menembak ke sisi. Satu di bahagian atas pintu kiri dan satu lagi di bawah pintu kanan bersebelahan port USB-C. Ini menjadikan lontaran audio tidak lagi simetri.

Oppo walau bagaimanapun masih menyertakan pemancar infra merah di bahagian atas. Akhir sekali peranti melepasi piawaian kalis air IP58/59  yang merupakan peningkatan daripada IPX8 sebelum ini.

OPPO AI PEN

Perlu saya sentuh sedikit mengenai stylus AI Pen yang disokong tahun ini kerana ia adalah stylus yang mempunyai sokongan bluetooth. Ia dijual secara berasingan tetapi jika dibeli, Oppo memberikan sebuah kerangka belakang yang unik kerana ia mempunyai tempat simpanan stylus dan juga dermaga pengecas.

image is not available

Dengan sokongan bluetooth butang pada sisi AI Pen boleh digunakan untuk mengawal aplikasi seperti kamera. Oppo sekarang menawarkan ciri yang satu ketika dahulu eksklusif pada Galaxy Note Ultra. Samsung sendiri tidak lagi menyokong bluetooth pada S Pen sejak dua tahun lalu.

AI Pen mempunyai pin fizikal yang menyentuh pin pengecas pada kerangka. Kerangka pula mendapatkan kuasa menggunakan sistem pengecasan nirwayar berbalik Find N6. Penyelesaikan kepada isu “bagaimana nak mengecas semula stylus” yang kreatif daripada Oppo.

PENGGUNAAN Dan PERISIAN

Sistem operasi ColorOS 16 berasaskan Android 16 digunakan dengan ia menawarkan pengalaman penggunaan sama seperti pada Reno15 sebelum ini. Cuma ada beberapa penambahan khusus untuk peranti lipat ditambah. Oppo tidak memberitahu berapa lama sokongan perisian akan diberikan tetapi ia pasti sama dengan Find X9 iaitu 5 versi Android dan 6 tahun tampalan sekuriti.

image is not available

Saya akan menyentuh mengenai perisian dengan lebih mendalam dalam ulasan penuh nanti. Tetapi saya boleh katakan terdapat sokongan menambah RAM maya, Taskbar, sokongan skrin lipat, pelbagai ciri AI untuk produktiviti, Smart Island dan sokongan ekosistem Apple disertakan pada Find N6.

image is not available

Terdapat ciri Boundless View yang membolehkan tiga aplikasi dilancarkan serentak seakan pada sebuah skrin selepas 15″. Tidak seperti pada sistem tri-tingkap Samsung, Boundless View membolehkan tiga aplikasi tadi dilancarkan dalam saiz skrin penuh apabila diperlukan dan dikecilkan semula bila tidak diperlukan.

image is not available

Tiga aplikasi juga boleh disusun dengan dua di atas dan satu di bawah dalam mod skrin penuh. Dengan Boundless View isu paparan aplikasi yang tirus/kecil tidak berlaku. Pengguna boleh menggabungkan tiga aplikasi kegemaran ke dalam mod Boundless View pada bila-bila masa dengan ia akan disimpan dalam ikon khas di muka depan aplikasi.

Terdapat juga ciri FlexForm Mode yang membahagikan peranti kepada dua skrin apabila diletakkan dalam posisi huruf L. Dalam YouTube dan Netflix misalnya, skrin atas akan memaparkan kandungan video dan skrin bawah pula memaparkan antaramuka kawalan video. Dalam aplikasi pula skrin atas memaparkan viewfinder dan skrin bawah memaparkan pelbagai kawalan kamera.

image is not available

DALAM KOTAK

Berikut ialah apa yang disertakan dalam kotak.

  • 1x Oppo Find N6.
  • 1x Kabel pengecas USB-A ke USB-C.
  • 1x Pengecas SuperVOOC
  • 1x Pin SIM.
  • 1x Set kerangka.
image is not available

KESIMPULAN

Oppo Find N6 ialah peranti skrin lipat yang menambah baik beberapa ciri berbanding tahun lalu. Kelebihan pertama yang paling ketara ialah tiada lagi kesan garis pada skrin lipat. Oppo menjadi yang terawal menyelesaikan isu yang menghantui peranti skrin lipat sejak generasi pertama lagi. Tubuh sedikit lebih nipis dengan tahap ketahanan kalis air yang lebih baik.

image is not available

Selain itu lokasi butang kuasa merangkap pengimbas cap jari telah diubah menjadikannya lebih ergonomik. Pandang pertama adalah amat memuaskan. Nantikan ulasan penuh dalam masa terdekat di mana kami akan mengulas prestasi cip dan kemampuan kamera dengan lensa Hasselblad.

Pro

  • Prestasi ColorOS 16 yang amat lancar.
  • Rekaan lebih nipis dengan kesan lipatan skrin tidak lagi kelihatan
  • Integrasi ekosistem Apple.
  • Kalis air IP58/59
  • Sokongan stylus AI Pen dengan bluetooth.

Kontra

  • Tubuh makin nipis sedikit sukar untuk dibuka.
  • Kedudukan speaker tidak lagi simetri.