BUDI Diesel: Hampir 200,000 dapat manfaat dalam tempoh tiga hari pelaksanaan

LocalBusiness & Finance
3 Jul 2026 • 8:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: BUDI Diesel: Hampir 200,000 dapat manfaat dalam tempoh tiga hari pelaksanaan
Kerajaan baru-baru ini mengumumkan pelaksanaan BUDI Diesel pada harga RM2.10 seliter bermula 1 Julai. Foto Bernama
Image from: BUDI Diesel: Hampir 200,000 dapat manfaat dalam tempoh tiga hari pelaksanaan
Johan Mahmood

PUTRAJAYA - Hampir 200,000 pemilik kenderaan diesel persendirian telah mendapat manfaat BUDI Madani Diesel (BUDI Diesel) dalam tempoh tiga hari pertama pelaksanaan, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican.

Johan Mahmood berkata, pelaksanaan berkenaan melibatkan penggunaan MyKad bagi individu dan kad fleet untuk sektor komersial, dengan hanya beberapa gangguan kecil dari segi aksesibiliti yang disifatkan hampir sama seperti pengalaman pelaksanaan program subsidi bersasar sebelum ini.

**media[3570613]**

"Setakat ini maklum balas yang kita terima ialah dari segi pelaksanaannya berjalan lancar sama ada guna MyKad atau kad fleet. Tak ada sebarang rungutan atau gangguan sebab dia lebih kurang sama seperti Budi Madani RON95 (BUDI95)," katanya selepas menghadiri Program Lawatan Pasar Tani Putrajaya di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, orang ramai yang memerlukan bantuan atau maklumat lanjut berkaitan pelaksanaan inisiatif itu boleh mendapatkan panduan selain mengemukakan permohonan berkaitan.

"Berdasarkan maklum balas, kenderaan didaftarkan atas nama bapa tetapi digunakan oleh anak. Maklumat ini ada disediakan di portal budimadani.gov.my," katanya.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan pelaksanaan BUDI Diesel pada harga RM2.10 seliter bermula 1 Julai, bagi mengurangkan ketirisan subsidi kerajaan, sekali gus memastikan bantuan disalurkan terus kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Kementerian Kewangan (MOF) sebelum ini memaklumkan pelaksanaan itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 400,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di Semenanjung Malaysia serta 300,000 lagi di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved