BUDI MADANI Disalur Bermula Hari Ini

LocalPersonal Finance
7 Jul 2025 • 7:23 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

BUDI MADANI Disalur Bermula Hari Ini

Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bantuan tunai BUDI MADANI bagi bulan Jun mula disalurkan pada hari ini, 7 Julai 2025.

Menerusi hantaran Facebook kementerian berkenaan, penyaluran bantuan berjumlah RM200 berkenaan diberi secara tunai kepada mereka yang berkelayakan.

Bantuan ini mempunyai tiga kategori iaitu BUDI MySubsidi Diesel untuk pengangkutan darat, BUDI Agri-Komoditi bagi petani dan pekebun kecil dan BUDI Individu.

Pemberian bantuan kategori BUDI Individu adalah khas bagi individu berkelayakan yang memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia.

“Pembayaran akan dikreditkan ke akaun yang berdaftar dalam sistem BUDI Individu atau secara tunai di mana-mana Cawangan BSN sekiranya tiada akaun bank,” jelas MOF menerusi satu kenyataan berasingan.

image is not available
Gambar: MOF

Kelayakan penerima BUDI Individu

Individu yang ingin memohon program subsidi bersasar diesel di bawah kategori BUDI Individu perlu memenuhi beberapa syarat kelayakan yang ditetapkan kerajaan.

Antara syarat utama ialah pemohon mestilah warganegara Malaysia. Selain itu, jumlah pendapatan tahunan individu atau pasangan tidak melebihi RM100,000. Kenderaan yang digunakan pula mestilah kenderaan diesel untuk kegunaan persendirian. Malah, Lesen Kenderaan Motor kenderaan tersebut juga perlu dalam keadaan aktif.

Selain itu, kenderaan mestilah berdaftar di bawah nama pemohon menggunakan nombor MyKad di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kenderaan tersebut juga perlu diisytiharkan berada di Semenanjung Malaysia.

Dalam pada itu, terdapat beberapa kategori individu yang tidak layak memohon bantuan ini. Antaranya termasuk motosikal diesel dan kenderaan milik syarikat atau pertubuhan.

Kenderaan mewah berusia kurang 10 tahun serta kenderaan berdaftar sebagai e-hailing juga tidak layak menerima bantuan ini. Kenderaan seperti karavan, motorhome, van persiaran dan bas persiaran juga tidak layak.

Menurut kenyataan rasmi Kementerian Kewangan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhak menyemak semula maklumat pendapatan pemohon jika perlu. Sekiranya perlu, notis di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 boleh dikeluarkan ke atas pemohon.

Sumber: Kementerian Kewangan (1) (2)