Keputusan peperiksaan SVM diumum esok - KPM

6 Jul 2025 • 11:14 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
KPM memaklumkan 15,897 calon telah menduduki peperiksaan itu di 86 kolej vokasional di seluruh negara.

Keputusan peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 4 Sesi 2/2024 bagi Kohort 2023 akan diumumkan esok, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Dalam kenyataan hari ini, KPM memaklumkan 15,897 calon telah menduduki peperiksaan itu di 86 kolej vokasional di seluruh negara.

"Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di kolej masing-masing bermula 10 pagi.

"Calon juga boleh menyemak keputusan secara dalam talian melalui pautan myresultsvm.moe.gov.my bermula 10 pagi 7 Julai hingga 6 petang 13 Julai," menurut kenyataan itu.

KPM turut mengucapkan tahniah kepada semua calon dan berharap kejayaan itu menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dalam bidang kemahiran serta menyumbang kepada pembangunan negara melalui laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang progresif serta berdaya saing. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved