BUDI MADANI: Lebih 30,000 Pemohon Terima Bantuan Tunai RM200 Isnin Ini

6 Jun 2024 • 1:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Lebih 30,000 pemohon individu, petani, dan pekebun kecil komoditi telah diluluskan untuk menerima bantuan subsidi tunai melalui inisiatif BUDI MADANI pda 10 Jun 2024.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, bantuan tunai pertama sebanyak RM200 akan disalurkan melalui akaun bank penerima.

30,000 bakal terima bantuan

Katanya, penerima tanpa akaun bank boleh menuntut bantuan secara tunai dengan membawa MyKad ke cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Semenanjung Malaysia.

“Pemohon yang berkelayakan masih boleh mendaftar untuk menerima Budi Madani.

"Permohonan yang dibuat dalam bulan Jun 2024 layak menerima bayaran untuk bulan tersebut dan bulan seterusnya.

“Permohonan yang dibuat selepas bulan Jun 2024 hanya layak menerima bayaran yang bermula pada bulan Julai 2024 dan tidak akan mendapat bayaran untuk bulan Jun 2024,” jelasnya.

BUDI MADANI adalah usaha kerajaan untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan layak di mana ia terbahagi kepada bantuan individu (BUDI Individu), petani serta pekebun kecil (BUDI Agri-Komoditi) selain syarikat dan kenderaan pengangkutan (MySubsidi Diesel).

Di bawah Belanjawan 2024, kerajaan komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan, penyelewengan dan ketirisan subsidi rakyat.

Sumber: Astro Awani

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.