Budi Madani RON95 Berjalan Lancar Tetapi Ada Sedikit Gangguan – Tuntut Pengembalian Wang 9 Oktober Ini

LocalBusiness & Finance
6 Oct 2025 • 3:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pengguna yang terkesan akibat gangguan teknikal di stesen petrol dan terpaksa membayar harga RON95 tanpa subsidi boleh membuat tuntutan bagi mendapatkan semula lebihan bayaran tersebut, kata Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr Fuziah Salleh.

Tambah beliau, walaupun terdapat beberapa gangguan teknikal kecil yang telah diperbaiki dengan segera, program Budi Madani RON95 (Budi95) berjalan lancar di seluruh negara sejak ia mula dilaksanakan pada Selasa lepas.

Proses Permohonan Tuntutan

image is not available

Permohonan bayaran balik boleh dibuat oleh individu dan perniagaan yang membeli petrol tanpa subsidi antara 30 September hingga 31 Oktober di laman web rasmi https://mysubsidi.kpdn.gov.my. Permohonan hendaklah disokong dengan bukti pembelian seperti salinan resit pembelian RON95.

image is not available

Permohonan ini akan dibuka mulai 9 Oktober dan bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank pemohon dalam tempoh 15 hari bekerja selepas kelulusan daripada kementerian diterima.

Syarat Khas Untuk Syarikat Perniagaan

Bagi perniagaan, syarat tambahan dikenakan iaitu pendaftaran dengan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) selain mengemukakan bukti permohonan kad armada sebelum atau pada 31 Oktober untuk kelayakan menerima subsidi.

Menurut Fuziah, pendaftaran perniagaan di bawah SKPS masih berada pada tahap rendah, dengan hanya kira-kira 25% syarikat layak yang telah mendaftar setakat ini. Kementerian sedang bekerjasama dengan pihak teksi dan beberapa persatuan lain untuk menggalakkan lebih banyak syarikat agar membuat pendaftaran. Beliau juga mengingatkan bahawa subsidi masih boleh dikreditkan bermula 1 Oktober sekiranya resit pembelian yang sah diserahkan.