KPDN Sedang Siasat Kereta Singapura Isi RON95

LocalPolitics
2 Oct 2025 • 2:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor menegaskan pihaknya sedang menyiasat insiden seorang lelaki yang menggunakan kereta bernombor pendaftaran Singapura mengisi petrol subsidi RON95 di sebuah stesen minyak di Plentong, Johor Bahru.

Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo berkata, pihaknya sedang menyiasat kes itu dan penguat kuasanya sudah dihantar ke stesen minyak berkenaan di Taman Sierra Perdana, Plentong untuk tindakan lanjut.

"Jika terdapat kecuaian di pihak pengusaha stesen minyak, tindakan lanjut akan diambil dan diteruskan dengan membuka kertas siasatan yang kemudian dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR)," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, perbuatan lelaki itu berjaya dirakam dan dimuat naik di media sosial hingga tular semalam, dengan kejadian dipercayai berlaku pada 3.55 pagi.

Video berdurasi 21 saat itu menimbulkan kurang senang orang ramai kerana lelaki warga asing itu mengisi RON95 yang dikhususkan kepada rakyat tempatan di bawah Budi Madani RON95 (BUDI95) yang baharu dilaksanakan.

Dalam video berkenaan, individu yang merakam kejadian itu sudah meminta lelaki berkenaan mengisi RON97 seperti yang dikuatkuasakan kepada kenderaan asing di negara ini.

"Apa I pay... I pay? You warna hijau (RON97) ma," katanya.