Budi95 antara isu semasa dipersembahkan kepada Agong

LocalPolitics
25 Sep 2025 • 7:57 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku.

Dalam pertemuan itu, Seri Paduka Baginda dipersembahkan taklimat mengenai pelbagai isu semasa termasuk pelaksanaan Inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95) yang diperkenalkan kerajaan.

Selain itu, Sultan Ibrahim turut dimaklumkan mengenai persiapan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada bulan depan.

Pertemuan berkenaan mencerminkan keprihatinan Seri Paduka terhadap agenda pembangunan negara serta peranan Malaysia sebagai tuan rumah sidang kemuncak serantau tersebut.