
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Semalam (22 September), Perdana Menter Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan tentang pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON95 atau BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang akan bermula pada 30 September ini.
Menerusi inisiatif itu, semua rakyat Malaysia yang mempunyai lesen memandu aktif layak menerima RON95 pada harga RM1.99 seliter dengan had penggunaan sebanyak 300 liter sebulan.
Pun begitu, penggunaan MyKad diperlukan untuk pengesahan terlebih dahulu sebelum membuat pembelian minyak melalui:
- Kaunter
- Terminal pam minyak
- Digital e-dompet TNG
- Aplikasi syarikat minyak terpilih
Ada individu dakwa had 300 liter sebulan tidak mencukupi
Tidak dinafikan, pelaksanaan program berkenaan disambut baik oleh kebanyakan rakyat Malaysia, namun masih ada yang mempertikai mengenai had siling kelayakan bulanan RON95 sehingga 300 liter sebulan itu.
Di laman Threads, ada seorang lelaki yang mendakwa bahawa had 300 liter itu tidak mencukupi terutamanya bagi individu yang sering pulang ke kampung halaman dan perlu ulang alik kerja sejauh 50Km setiap hari.
“Bagaimana pula yang bekerja tetapi memerlukan mereka travel merata tempat? Contoh kerja industri servis. Nampaknya banyak kelompongan isu limit petrol ini.
“Sekali balik kampung dah habis guna 300 liter itu,” tulisnya.

Ramai persoal kereta yang digunakan lelaki itu dan jarak ke kampung halamannya
Persoalan dan rugutan lelaki itu kemudiannya menarik perhatian ramai pihak sehingga ia dikongsikan di pelbagai platform media sosial termasuk X.
Ada pengguna X yang mempersoal jenis kereta yang digunakan oleh lelaki berkenaan dan seberapa jauh jarak tempat tinggalnya ke kampung halaman sehingga mendakwa had 300 liter itu tidak mencukupi.
Hal ini kerana kebanyakan kereta di Malaysia memerlukan pengisian tangki penuh (full tank) sebanyak lebih 6 kali bagi 300 liter.
Dengan petrol sebanyak itu, jarak perjalanan boleh mencapai sejauh 3,600Km hingga 4,500Km bergantung kepada cara pemanduan.
Encik Azarul menggunakan 300 liter petrol utk perjalanan pulang ke kampung halaman beliau. Menggunakan segala teori ilmu hisab yg anda tahu, cuba kira berapakah jarak antara rumah Encik Azarul dan kampung halaman beliau, kereta apa yg beliau gunakan dan berapa besar bodoh beliau? pic.twitter.com/Tz4FTDKUIS
— Injang (@Injang_Nation) September 22, 2025
Jadi secara logiknya, jumlah berkenaan adalah lebih daripada mencukupi untuk kegunaan harian yang biasa dilakukan oleh pengguna kenderaan persendirian di Malaysia.
Bahkan, wartawan automotif, Hezeri Samsuri sebelum ini juga tampil mendedahkan berapa banyak kali full tank yang boleh diisi bagi 300 liter mengikut jenis kenderaan.
So sebulan, sebanyak 300 liter minyak petrol RON95 kita boleh beli pada harga RM1.99.
— Hezeri Samsuri (@HezeriSamsuri) September 22, 2025
Rakyat Malaysia: RM1.99 seliter
Bukan warganegara & syarikat besar: RM2.60 seliter
Kenderaan berdaftar luar negara: Hanya boleh guna RON97.
Bila ia bermula?
•27 September: Anggota Polis &… pic.twitter.com/yrW3bAa4tF
Berikut komen yang diberikan netizen:
Kampung dia ktmna tu Jang? Kereta sy (cc rendah) full tank 36 liter boleh pergi 350 km. Kalau 300 liter boleh pergi hingga 2,916 km jauhnya. Jarak dari KL ke Hanoi pun dlm 2,800 km.
— ʏᴏᴜʀ ᴡᴏʟᴠᴇʀɪɴᴇ 🐺🏴 (@iam_ein) September 23, 2025
Mungkin dia guna kereta kebal? Kalau macam tu tak mustahil la memang tak cukup.
— Hazwan Halim (@HazwanHalimsan) September 23, 2025
Bawak guna gear 1 dari KL sampai Kedah, bolehlah habis 300 liter tu.
— hanafijaafar (@hanafijaafar) September 22, 2025
Penetapan kelayakan 300 sebulan adalah hasil dapatan kajian DOSM
Terdahulu, Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan bahawa penetapan siling kelayakan bulanan RON95 itu dibuat berdasarkan dapatan kajian oleh Jabatan Perangkaan (DOSM).
Menurutnya, dapatan kajian terbabit mendapati lebih 99% pemandu kenderaan persendirian di Malaysia tidak melepasi jumlah tersebut.
“Semua rakyat layak menerima siling kelayakan bulanan RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan.
“Pemandu e-hailing diberi pengecualian daripada siling kelayakan terbabit dan boleh memohon kelayakan tambahan bagi memastikan kelangsungan pekerjaan mereka,” katanya dipetik Harian Metro.
Baca Artikel Berkaitan: Perlu MyKad & Lesen Memandu Aktif Untuk Nikmati RON95 RM1.99 Seliter Mulai 30 September
Source:

