BUDI95 jimat RM4 bilion setahun

LocalBusiness & Finance
3 Aug 2026 • 12:39 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: BUDI95 jimat RM4 bilion setahun

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Budi Madani RON95 (BUDI95) membolehkan penjimatan antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun bagi menyediakan ruang untuk meningkatkan bantuan sosial kepada rakyat.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, jumlah penjimatan fiskal tahunan itu tertakluk kepada harga minyak mentah dunia, pertukaran mata wang dan corak penggunaan sebenar.

Bagaimanapun, menurut beliau, penjimatan daripada BUDI95 tidak disimpan di dalam lebihan fiskal semata-mata, sebaliknya ia dimanfaatkan semula kepada rakyat.

Jelasnya, pelaksanaan tersebut membolehkan kerajaan meningkatkan bantuan bersasar kepada rakyat terbanyak dalam usaha mengukuhkan jaringan perlindungan sosial yang lebih inklusif.

“Antaranya termasuk peningkatan peruntukan kepada RM15 bilion untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), merupakan tertinggi yang pernah disediakan.

“Peruntukan bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) bagi tahun ini juga meningkat kepada RM3.1 bilion berbanding tahun-tahun sebelumnya,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Amir Hamzah berkata, peruntukan untuk program Jualan Rahmah Madani, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dan pas My50 turut dipertingkatkan dalam usaha kerajaan menangani kos sara hidup.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Bobbey Suan mengenai impak penjimatan tahunan daripada pelaksanaan BUDI95.

Mengenai had BUDI95, Amir Hamzah berkata, kurang daripada satu peratus rakyat menggunakan lebih daripada 200 liter RON95 secara konsisten.

“Secara purata penggunaan RON95 adalah sekitar 100 liter sebulan, ini menunjukkan had kelayakan semasa mencukupi untuk menampung keperluan majoriti penerima tanpa menjejaskan corak penggunaan mereka,” katanya. – UTUSAN 

The post BUDI95 jimat RM4 bilion setahun appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved