BUDI95: JPJ Tambah Waktu Operasi Kaunter Lesen Memandu, Kaunter Pelbagai Mulai 27 Sept Ini

LocalCars
22 Sep 2025 • 3:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sempena pelaksanaan Sistem Subsidi Bersasar Petrol Budi MADANI RON95 (BUDI RON95), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menambahkan waktu operasi kaunter Lesen Memandu dan Kaunter Pelbagai di seluruh negara, mulai 27 September ini.

Untuk itu, semua pejabat JPJ negeri dan cawangan akan beroperasi pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad) dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang mulai 27 September hingga 26 Oktober 2025 ini.

image is not availableimage is not available

Langkah ini bertujuan memberi lebih ruang dan fleksibiliti kepada orang ramai, khususnya mereka yang sukar memperbaharui lesen pada hari bekerja.

Menurut rekod JPJ, terdapat 2.3 juta pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang berada dalam status tidak aktif kerana tamat tempoh melebihi tiga tahun. Sementara itu, 15.2 juta lagi merupakan pemegang lesen CDL aktif yang masih berkuat kuasa.

Sehubungan itu, JPJ turut mengingatkan bahawa individu yang lesennya tamat tempoh lebih tiga tahun diwajibkan menduduki semula ujian Kurikulum Pendidikan Pemandu Bahagian 2 dan 3 (KPP02 dan KPP03) di mana-mana Institut Memandu untuk mengaktifkan semula lesen mereka.

Bagi pemegang lesen yang tamat tempoh kurang daripada tiga tahun pula, pembaharuan boleh dilakukan segera melalui aplikasi MyJPJ, portal mySikap atau kiosk tanpa perlu hadir ke kaunter secara fizikal.