BUDI95: Kerajaan Jimat RM800 Juta Hasil Pelaksanaan Budi95

LocalPolitics
21 Dec 2025 • 8:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nampaknya, kerajaan berjaya menjimatkan sebanyak RM800 juta selepas melaksanakan program Budi Madani RON95 (Budi95) sejak 30 September lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penjimatan itu hasil keberanian dan tekad politik Kerajaan Madani untuk melaksanakannya.

image is not availableimage is not available

“Sejak lebih 20 tahun lalu, penyasaran subsidi minyak telah dibincangkan oleh setiap kerajaan yang memerintah, namun tiada yang punyai keberanian dan tekad politik untuk melaksanakannya.

image is not availableimage is not available

"Kerajaan Madani telah mengambil langkah berani menerusi Budi95 untuk memastikan subsidi ini hanya dinikmati rakyat Malaysia dan tidak terus dihirup lebih 3.5 juta warga asing serta puluhan ribu liter yang diseludup ke luar negara,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Anwar berkata, setiap hasil penjimatan daripada Budi95 itu dipulangkan kembali kepada rakyat melalui pemberian Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah.

image is not available

Tambah beliau, penjimatan itu juga dipulangkan kepada rakyat dengan menaik taraf klinik dan hospital, memperbaiki jalan raya serta memperkukuh prasarana negara.