Budi95: Orang Ramai Mula Bayar Saman Tertunggak

LocalPolitics
1 Oct 2025 • 4:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pelaksanaan inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95) mendorong pesalah trafik yang sebelum ini culas melunaskan saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mula tampil untuk menyelesaikan saman tertunggak.

Berdasarkan syarat program itu, hanya rakyat Malaysia yang memiliki lesen memandu sah layak menikmati subsidi petrol RON95.

Tunggakan saman pula akan menyekat pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, semalam sahaja pihaknya berjaya mengutip bayaran saman berjumlah RM1.3 juta hasil penyelesaian 8,300 notis saman oleh pesalah trafik.

Katanya, ini termasuk atas kesalahan memandu melebihi had laju yang direkodkan dibawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas).

“Bagi tempoh lapan bulan sehingga semalam, JPJ telah merekodkan kutipan saman keseluruhan sebanyak RM132 juta,” katanya ringkas pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Inisiatif Budi95 dengan harga petrol RON95 RM1.99 seliter bermula pada 27 September lalu melibatkan kira-kira 300,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Seramai lima juta penerima STR menikmati manfaat sama pada keesokan harinya sebelum diperluaskan kepada 16 juta rakyat Malaysia yang layak bermula semalam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved