Buih di Lebuhraya Kesas dipercayai daripada sisa sabun – Polis

4 Sep 2026 • 9:29 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Buih di Lebuhraya Kesas dipercayai daripada sisa sabun – Polis

Terdahulu tular beberapa rakaman video di media sosial yang memaparkan buih dapat dilihat di sebahagian kawasan Lebuhraya Kesas.

SHAH ALAM: Kemunculan buih di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dari Kilometer (KM) 30 hingga KM30.5 arah Klang ke Kuala Lumpur di sini semalam dipercayai berpunca daripada sisa tumpahan sabun.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Sarudin Samah berkata ia dipercayai tumpah dari sebuah lori pada 24 Ogos lepas di susur Kota Kemuning sebelum masuk ke Lebuhraya Kesas menghala ke Klang.

“Pihak bomba juga telah mengambil tindakan dengan menabur serbuk kayu di sepanjang sisa sabun yang tumpah di lokasi pada hari sama.

“Bagaimanapun, hujan lebat menyebabkan sisa tumpahan sabun berkenaan mengeluarkan sejumlah buih sepanjang kira-kira 500 meter,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sarudin berkata susulan kejadian itu, pihak konsesi lebuh raya telah mengambil inisiatif melakukan kerja pembersihan kali kedua dan selesai pada 4.58 petang.

Terdahulu tular beberapa rakaman video di media sosial yang memaparkan buih dapat dilihat di sebahagian kawasan Lebuhraya Kesas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved