Tular 2 remaja curi tabung ketika jemaah solat

4 Sep 2026 • 5:37 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tular 2 remaja curi tabung ketika jemaah solat

PETALING JAYA – Gelagat dua remaja yang didakwa mencuri tabung Masjid Al-Irsyad, USJ 1, Subang Jaya, dipercayai ketika jemaah sedang menunaikan solat Jumaat, hari ini tular di media sosial.

Menerusi perkongsian akaun TikTok @Zebra.58934901, kejadian itu berlaku sekitar pukul 1.47 petang berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid bertarikh 4 September 2026.

Dalam hantaran berkenaan, pemilik akaun turut meminta orang ramai yang mengenali atau ternampak kanak-kanak terbabit supaya memaklumkan perkara tersebut kepada pihak berkaitan.

“Kalau ada sesiapa nampak budak-budak ini, tolong maklumkan.

“Dia orang dah curi tabung Masjid Al-Irsyad, USJ 1. Kecil-kecil dah pandai mencuri,” tulisnya.

Bagaimanapun, kesahihan dakwaan berhubung kejadian dan jumlah wang yang hilang belum dapat disahkan setakat ini. – KOSMO! ONLINE

The post Tular 2 remaja curi tabung ketika jemaah solat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved