Buka Bisnes Jual Arak, Anak Shah Rukh Khan Dikecam Tak Hormati Agama Bapa

19 Dec 2022 • 3:37 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Anak lelaki kepada pelakon bollywood terkenal Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan memaklumkan dia kini baru sahaja menceburi bidang bisnes.

Menerusi laporan Times of India, Aryan bersama dua rakannya iaitu Bunty Singh dan Leti Blagoeva membuka perniagaan minuman keras premium.

Menurut Aryan, dia mendapat idea untuk membuka perniagaan tersebut bersama rakannya selepas mereka bertemu di Jerman.

Malah, dia mengambil masa selama 5 tahun untuk membangunkan konsep dan membina jenama bagi memilih produk yang bersesuaian.

Bukan itu sahaja, perniagaan minuman keras tersebut turut menjual produk pakaian dan aksesori premium.

Bagaimanapun, pembukaan bisnes minuman arak itu telah mendapat kecaman orang ramai kerana rata-ratanya menganggap Aryan tidak menghormati bapanya yang beragama Islam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 7 bulan lalu

"Kata Ikut Agama Bapa Kan?" - Muncul Di Parti Selebriti Pakai Rantai Salib, Netizen Tanya Aryan Khan Islam Ke Tak?