“Buka Hati..” – Beza Usia 16 Tahun, Jin Jihee Luah Perasaan Berlakon Dengan Sung Hoon Dalam ‘Perfect Marriage Revenge’

4 Dec 2023 • 4:24 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Jin Ji-hee telah menceritakan pengalamannya ketika berlakon di dalam drama “Perfect Marriage Revenge”.

Bagi meraikan ulang tahun ke-20 bergelar pelakon, Jin Ji-hee telah ditemu bual mengenai lakonannya di dalam drama “Perfect Marriage Revenge”.

Di mana di dalam drama tersebut, Jin Ji-hee telah memegang watak sebagai Han Yu-ra iaitu adik kepada Han Yi-joo (Jung Yu-min).

Pelakon itu berkata,

Saya sangat gembira masa berlakon di dalam drama ini. Cuma, Sung Hoon terlalu tinggi. Jadi dia sering kenakan saya dengan bertanya ‘mana Han Yu-ra pergi’?

Dalam masa yang sama, Jin Ji-hee juga telah ditanya mengenai keserasiannya ketika berlakon bersama dengan Sung Hoon yang tua 16 tahun darinya.

image is not available

Dia membalas,

Disebabkan jarak umur kami agak besar, saya hanya menerimanya dan cuba untuk mendalami watak. Tapi, saya rasa Sung Hoon kelihatan sangat muda dan tak nampak seperti lelaki yang sudah berumur 40 tahun.

Tambahnya,

Kami dah macam kawan bila duduk bercakap bersama-sama. Dia juga dah buka hati dia untuk saya jadi saya rasa sangat selesa bila berlakon dengannya.

Tapi memang betul kata Jin Ji-hee, Sung Hoon nampak muda!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.