“Buka Pintu Bilik, Dia Sudah Terbaring Kaku…” - Petanda Tak Sedap Hati Rakan, Kakak Ahmad Kassan Reda

2 Sep 2023 • 12:58 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Kehilangan orang yang tersayang sememangnya memberika kesan terbesar dalam hidup dan perkara itu dikongsi oleh kakak kepada arwah koreografer legenda Ahmad Kassan yang dikenali sebagai puan Shasmi.
 
Menurut kakaknya, Ahmad Kassan ada bertemu dengan rakan baiknya namun perwatakkannya masih seperti biasa.
 
Cuma apa yang menimbulkan rasa tidak sedap hati apabila arwah tidak menjawab panggilan dan tidak hadir ke tempat kerja pada keesokan harinya.
 
“Arwah ada bertemu sahabatnya iaitu pada jam 10 Rabu malam, mereka macam biasa ketawa ketawa, saya tanya sahabatnya, dia normal tak ada apa-apa.
 
“Kemudian arwah kata mahu pulang, penat dan nak tidur. Dia balik dan keesokan hari, kawannya menjangkakan dia pergi kerja macam biasa.
 
“Tetapi tidak, jadi kawannya mula berasa tak sedap hati kerana sudah jam dua petang lalu dia pergi ke rumah arwah.
 
“Kemudian dia menelefon arwah daripada depan pintu itu, dan terdengar bunyi deringan telefon bimbit di dalam.
 
“Jadi dia suspek ada sesuatu yang tidak kena, kemudian dia terus telefon adik beradik yang mana pegang kunci dan kami bergegas ke lokasi,” maklumnya.
 
Kakaknya berkongsi perkara itu menerusi perbualan telefon yang dibuat bersama pengacara popular, Datuk Aznil Hj Nawawi.
 
Perbualan itu dimuat naik di akaun Instagram Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil hari ini.
 
























image is not available