Buka Seawal Subuh, Hi Bread Kopitiam Ini Merupakan Port Sarapan Legend Di Kuching

21 May 2023 • 10:15 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sarapan pagi yang best di Kuching.

Buka Seawal Subuh, Hi Bread Kopitiam Ini Merupakan Port Sarapan Legend Di Kuching. Kalau anda penduduk lokal di Kuching, sebut saja Hi Bread pasti anda sudah terbayang-bayangkan keenakan menu American Breakfast, pastri dan juga kelazatan Kopi O di sini kan?

Hi Bread Kopitiam merupakan salah satu port sarapan pagi kegemaran penduduk lokal sudah lebih dari 10 tahun kerana tempat ini menyediakan hidangan American Breakfast yang menarik dengan harga berpatutan.

image is not available
Buka Seawal Subuh, Hi Bread Kopitiam Ini Merupakan Port Sarapan Legend Di Kuching. Sumber foto: FB Hi Bread

image is not available
Sumber foto: FB Hi Bread

Nikmati hidangan American Breakfast yang lazat

Buat anda yang ingin menikmati hidangan American Breakfast yang lazat di Kuching, Hi Bread ini adalah tempat yang amat sesuai untuk anda. Menu Scramble Egg bersama Sosej, Hirisan Ham Ayam, Kacang Panggang, Coleslaw dan Roti ini memang menjadi pilihan ramai.

Menu lazat lain seperti Sandwich, Half Boiled Eggs, Hashbrwon, Sweet Potato Fries, Roti Kahwin, French Toast dan banyak lagi juga ada disediakan di sini.

Beroperasi seawal jam 5.30 pagi dan tutup pada jam 1.30 tengah hari, Hi Bread merupakan salah satu tempat makan legend di mana ramai penduduk lokal bersarapan pagi dan kopitiam ini juga menjadi tempat di mana ibu bapa sering membeli bekal sekolah untuk anak-anak di pagi hari.

image is not available
Sumber foto: FB Hi Bread

image is not available
Sumber foto: FB Hi Bread

Pastri di sini juga amat popular dikalangan penduduk lokal

Selain daripada menu American Breakfast mereka, hidangan pastri di sini juga amat popular dikalangan penduduk lokal. Dengan rasa yang enak dan harga berpatutan, pastri di sini sentiasa laku!

Setakat ini, terdapat 4 cawangan Hi Bread di seluruh Kuching iaitu di Jalan Petanak, Pending, Satok dan yang terbaru di Galacity

Lagi port makan legend di Kuching yang anda boleh cuba di sini: