Hidang Daging ‘Tender’ Sedap, Gerai Suci Juicy Di Wayne’s Cafe Kuching Jadi Tarikan Ramai

20 May 2023 • 12:43 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Memang ‘ngam’ dengan nama – nang juicy!

Hidang Daging ‘Tender’ Sedap, Gerai Suci Juicy Di Wayne’s Cafe Kuching Jadi Tarikan Ramai. Jika anda berada di Kuching dan mencari tempat untuk menikmati daging yang sedap, ada satu tempat yang patut anda cuba!

Terletak di Wayne’s Cafe di Jalan Carpenter, gerai ‘Suci Juicy’ baru-baru ini mendapat perhatian orang ramai dengan hidangan daging mereka yang sangat… well, juicy lah!

image is not available
Hidang Daging ‘Tender’ Sedap, Gerai Suci Juicy Di Wayne’s Cafe Kuching Jadi Tarikan Ramai

Terkena dengan hidangan daging lembut

Gerai ini menyajikan pelbagai masakan berasaskan daging, semuanya terkenal dengan juicy tenderness hasil daripada dimasak selama beberapa jam.

Antara hidangan istimewa mereka ialah beef brisket (yang dimasak perlahan selama 24 jam), beef striploin dan lamb steak (kedua-duanya dimasak perlahan selama 2 jam).

image is not available
Beef brisket. Kredit: FB Suci Juicy

Jika anda mencari makanan berasaskan ayam, mereka juga menghidangkan juicy chicken chop (brined selama 4 jam dan dimasak perlahan selama 3 jam) dan itik salai mereka.

image is not available
Smoked duck. Kredit: FB Suci Juicy

Jika anda berminat untuk ke sini, berikut adalah lokasi dan media sosial mereka untuk rujukan anda:
Lokasi: Jalan Main Bazaar, 2, China St, , Kuching, Malaysia
Media sosial: Facebook | Instagram

Lagi di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved