
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Siapa yang tak kenal dengan pencipta kandungan (content creator) dan usahawan Sambal Nyet Berapi, Khairul Aming (KA) atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman?
Selain daripada kandungan resipinya yang simple dan mudah untuk diikuti, penerima Anugerah TikTok Malaysia 2023 itu sering menjadi perhatian ramai dek kerana sikapnya yang merendah diri dan penuh kesopanan.
Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, Khairul Aming kini kembali dengan segmen “30 Hari 30 Resipi” sempena bulan Ramadan yang bakal tiba tak lama lagi.
Ambil Masa Dua Bulan Siapkan 60 Resipi
Menariknya, konten Ramadan yang telah masuk tahun kelapan itu tampil dengan pembaharuan dan penuh kelainan.
Jelas Khairul Aming di Instagram miliknya, dia akan menyediakan sebanyak 60 resipi berbanding tahun sebelumnya yang hanya 30 resipi.
Malah, dia bersama kumpulannya mengambil masa selama dua bulan untuk menyediakan kandungan istimewa buat pengikutnya.
“Kali ini KA dan team akan letak effort yang lagi lebih, kita spend masa lebih dua bulan untuk semua shoot dan edit semua video.
“Tahun ini kita bukan ada 30 resipi tetapi 30 hari 60 resipi,” katanya.
Fokus Kepada Live Stream Support Peniaga Lokal
Lebih mengujakan, Khairul Aming akan turut mengadakan live stream di bazar-bazar terpilih untuk menyokong peniaga tempatan.
“KA hendak fokus kepada live stream so kita kan buat banyak live daripada bazar ke bazar untuk tunjuk bazar mana yang best dan untuk support (sokong) peniaga local,” jelasnya.
Perkenal Siri Baru Aming In Oman Bawa Pengikut Jalan-Jalan
Tidak hanya itu, Khairul Aming yang juga merupakan usahawan Dendeng Nyet Berapi akan memperkenalkan satu siri baharu sempena konten Ramadan pada kali ini iaitu Aming In Oman.
“Selain daripada 30 Hari 30 Resipi, tahun ini kita nak bawa keistimewaan baru, kita nak bawa anda jalan-jalan ke Oman.
“Untuk Oman series (siri) ini, kita akan ada lapan episod eksklusif yang KA akan tayangkan sepanjang bulan Ramadan.
Tambahnya lagi, dia sendiri tidak sabar untuk mempersembahkan kandungan tersebut kepada pengikut setianya.
Difahamkan, kandungan tersebut akan mula dimuat naik menerusi laman sosial rasmi bermula hujung minggu ini.
Ramai Teruja & Tak Sabar Tunggu Konten Ramadan Khairul Aming
Hantaran tersebut nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa teruja dan tidak sabar menunggu kandungan yang bakal dimuat naik oleh pempengaruh itu.
Malah, ada yang berseloroh mahu membuat persiapan awal dengan membeli barang sebagai persediaan untuk mengikut resipi yang akan ditunjukkan.
Tidak hanya itu, ada yang memuji Khairul Aming kerana menghasilkan konten sedemikian yang disifatkan begitu dekat dengan pengguna lebih lagi tahun ini tampil dengan kelainan.
Ini antara komen pengguna Instagram:
“Dia Datang Dengan Vibes Jejak Rasul, Ketuk-Ketuk Ramadan & JJCM, Mantap 3 In 1”

“Terima Kasih KA Bagi Idea Menu Berbuka, Kadang Menu Lajak Sampai Berbuka”

“Mana-Mana Bahan Yang Nampak Dekat Teaser Ni Dah Boleh Beli Dulu”

“Yang 30 Resipi Belum Terikut, Beliau Datang Lagi Dengan 60 Resipi”

“Berilmu & Beradab Khairul Aming”

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Nak Badan Fit? Ikuti Rutin & Pemakanan Khairul Aming Di Bulan Ramadan Ini
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Minta Menu Sihat, Khairul Aming Kongsi Resipi Ayam Penyet Versi Diet [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lepas 7 Tahun Masak Di Dapur, Khairul Aming Buat Video Memasak Sambil Mengembara Di New Zealand [Video]
Baca Artikel Berkaitan: ‘Bukan Sekadar Untuk Viral’-Ini Nasihat Khairul Aming Selepas Menang Anugerah Di Tik Tok Awards Malaysia 2023 [Video]
Source:



