Bukan lagi 30! Khairul Aming sedia 60 resepi sepanjang Ramadan nanti

EntertainmentFood
24 Feb 2025 • 8:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Khairul Aming sedia 60 resepi

Pempengaruh terkenal, Khairul Aming sedia 60 resepi sepanjang Ramadan tahun ini, dua kali lebih banyak berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Menerusi perkongsian video teaser 30 Hari 60 Resepi yang akan disiarkan bermula 1 Ramadan nanti, Khairul Aming menyatakan akan ada konten-konten lain untuk tontonan semua selain dari resepi juadah berbuka puasa.

Instagram will load in the frontend.

Khairul Aming sedia 60 resepi, pergi bazar buat livestream

Dedahnya, dia dan team turut akan melakukan siaran langsung ke beberapa bazar Ramadan serta lapan episod penjelajahannya ke Oman secara bersiri.

“Hey what’s up guyssss. Weekend ni kita akan start berpuasa dan tahun ni KA sediakan 30 Hari 60 Resipi, Livestream Bazar Ramadan dan 8 episod Oman travel series,” tulisnya.

image is not available

Khairul Aming sedia 60 resepi, turut ada series 8 episod ke Oman

Jelasnya lagi, memandangkan konten Ramadan yang sering dikongsikan sudah memasuki usia lapan tahun, dia dan team telahpun memulakan pengambaran serta persediaan dua bulan awal daripada video pertama akan dikeluarkan hujung minggu nanti.

image is not available

Tak sabar nak tunggu!

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata tidak sabar menunggu video-video dari pempengaruh tersohor berkenaan.

Mereka juga memuji konten baru yang dihasilkan Khairul Aming kerana dilihat memberi manfaat kepada para peniaga bazar pada Ramadan nanti.

image is not available

Tak sangka dah 8 tahun dah

image is not available

Dia datang dengan vibe Jejak Rasul, Ketuk2 Ramadan & JJCM ye!

image is not available

Terbaik support peniaga bazar Ramadan

image is not available

Terbaru, pempengaruh dan juga usahawan muda ini baru sahaja memenangi gelaran Digital Conten Creator (Foodie) Tergempak dalam Gempak Most Wanted Award 2024 yang berlangsung pada Ahad 23 Februari lalu.

Sumber: Instagram khairulaming