“Bukan Ada Menu Babi Ke?” – Video Pasangan Muslim Promosi Kedai Steak Tak Halal Undang Kritikan [Video]

LocalFood
25 Sep 2026 • 2:25 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads menunjukkan seorang lelaki memakai songkok dan seorang wanita berjubah membuat konten reviu makanan di sebuah kedai makan steakhouse terletak di Ampang, Kuala Lumpur.

Menerusi video tersebut, kelihatan kedua-dua mereka sedang mempromosi menu berasaskan daging lembu yang diimport dari Argentina dengan beberapa sos cicah (dipping) mengikut selera tempatan.

Menu Dari Google Review Papar Hidangan Berasas Daging Babi

Namun apa yang mendapat perhatian ramai adalah kedai makan itu didakwa turut menjual menu daging babi yang jelas haram bagi umat Islam.

Menerusi foto menu dikongsi seorang pelanggan di Google Review sebelum ini, kelihatan terdapat menu ‘Grilled Pork Chop’ dalam senarai menu tertera.

‘Kenapa Wanita Muslim Promosi Kedai Yang Ada Jual Daging Babi?’ – Pengguna Threads

Pengguna Threads dikenali sebagai Nadiah yang memuat naik semula video diambil dari laman Instagram itu mempersoalkan tindakan orang Muslim yang mempromosi kedai makan tersebut.

Dia dalam masa sama bertanya sama ada kedai makan itu ada mengasingkan penyediaan makanan bagi hidangan halal dan bukan halal.

“Kenapa seorang wanita Melayu Muslim mempromosikan kedai makan sedangkan menu restoran tersebut jelas mempunyai hidangan yang mengandungi daging babi?

“Adakah perkara ini dinyatakan dalam kandungan konten itu dan adakah restoran itu ada kawasan penyediaan serta peralatan berasingan untuk hidangan mengandungi babi dan hidangan tanpa babi?” soalnya.

‘Wanita Tu Tahu Tak Kedai Makan Ada Jual Daging Babi?’ – Pengguna Therads

Sementara itu, Nadiah juga mempersoal sama ada wanita itu tahu bahawa kedai makan itu ada menjual daging babi sebelum membuat konten dan mempromosi steakhouse tersebut.

“Saya rasa ini merupakan maklumat penting yang perlu diketahui oleh pengikut beragama Islam sebelum membuat keputusan untuk makan di sana.

“Sejujurnya, pada mulanya saya agak teruja selepas lihat video ini sebab restoran tersebut berdekatan dengan rumah saya dan saya memang teringin nak cuba.

“Tapi selepas saya Google menu restoran tersebut dan lihat beberapa video lain, memang jelas bahawa restoran itu bukan halal. Saya tak pasti siapa wanita dalam video itu sebab dia tidak disebut (mention), tetapi adakah dia sedar restoran itu ada hidangan yang mengandungi daging babi sebelum membuat video ni?”

View on Threads

Menerusi semakan kami, video tersebut tidak lagi tertera pada laman Instagram kedai makan steakhouse itu dipercayai sudah dipadam atau diturunkan.

Buat masa ini, kedai makan terbabit belum memberi sebarang maklum balas mengenai isu tular.

‘Menu Ada Babi, Hidang Alkohol, Kedai Pet Friendly’ – Netizen

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai turut mengecam dan mengulas isu orang Muslim yang mempromosi kedai makan berkenaan.

“Menu ada babi. Hidang alkohol. Kedai mesra haiwan (pet friendly) sebab ada gambar anjing dekat restoran. Masih ada Muslim yang pertahankan?” kata seorang netizen.

Netizen Persoal Pencipta Kandungan Seolah-olah Sengaja Tunjuk Imej Islam

Sementara itu, ada juga yang mempertikai kedua-dua individu yang memakai jubah dan songkok seolah-olah mahu mengetengahkan identiti orang yang membuat reviu dan mempromosi sebagai seorang Muslim.

“Perempuan ni siapa? Macam sengaja dipakai macam tu dengan lelaki pakai songkok untuk promosikan kedai bukan halal untuk memperb*d*hkan pengguna beragama Islam,” kata seorang individu.

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: “Bukan Ada Menu Babi Ke?” – Video Pasangan Muslim Promosi Kedai Steak Tak Halal Undang Kritikan [Video]
Image from: “Bukan Ada Menu Babi Ke?” – Video Pasangan Muslim Promosi Kedai Steak Tak Halal Undang Kritikan [Video]
Image from: “Bukan Ada Menu Babi Ke?” – Video Pasangan Muslim Promosi Kedai Steak Tak Halal Undang Kritikan [Video]
Image from: “Bukan Ada Menu Babi Ke?” – Video Pasangan Muslim Promosi Kedai Steak Tak Halal Undang Kritikan [Video]
Image from: “Bukan Ada Menu Babi Ke?” – Video Pasangan Muslim Promosi Kedai Steak Tak Halal Undang Kritikan [Video]
Image from: “Bukan Ada Menu Babi Ke?” – Video Pasangan Muslim Promosi Kedai Steak Tak Halal Undang Kritikan [Video]
Image from: “Bukan Ada Menu Babi Ke?” – Video Pasangan Muslim Promosi Kedai Steak Tak Halal Undang Kritikan [Video]
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Guna Imej Islam & Gantung Ayat Al-Quran Tarik Pelanggan Muslim Bukan Jaminan Premis Itu Halal – JAKIM

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved