Netizen Persoal Dua Individu Muslim, Promosi ‘Steakhouse’ Ada Menu ‘Pork’ – “Memang Jelas Restoran Tu Tak Halal”

LocalFood
25 Sep 2026 • 2:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Satu video memaparkan seorang wanita berhijab mempromosikan sebuah restoran steak mencetuskan persoalan dalam kalangan pengguna media sosial selepas menu premis berkenaan didakwa turut menawarkan hidangan berasaskan daging babi.

Menerusi video yang dikongsikan, wanita berkenaan dilihat menikmati makanan dan minuman bersama seorang lelaki di sebuah restoran sebelum seorang pengguna media sosial tampil mempersoalkan perkara tersebut.

Advertisement

promote kedai western ada pork

promote kedai western ada pork

Rupanya ada hidangan berasaskan daging babi

Menurut individu itu, dia pada awalnya tertarik untuk mencuba restoran berkenaan selepas melihat video tersebut, lebih-lebih lagi kerana lokasinya dikatakan berhampiran dengan rumahnya.

Bagaimanapun, selepas membuat carian sendiri, dia mendapati menu restoran itu memaparkan beberapa hidangan berasaskan babi termasuk Grilled Pork Chop dan Lemongrass Spanish Iberico Pork.

Saya rasa ini maklumat penting untuk pengikut Muslim tahu sebelum membuat keputusan untuk makan di sana.

Bahaya jika orang terus percaya dan tak buat semakan dulu

Pengguna tersebut turut bertanya sama ada perkara mengenai menu berasaskan babi itu telah dimaklumkan dalam kandungan asal serta sama ada restoran mempunyai kawasan penyediaan dan peralatan berasingan bagi hidangan babi dan bukan babi.

Dia juga menjelaskan bahawa kebimbangannya adalah video berkenaan mungkin memberi tanggapan berbeza kepada pengguna Muslim yang melihatnya tanpa membuat semakan terlebih dahulu.

promote kedai western ada pork

promote kedai western ada pork

Bagaimanapun, berdasarkan perkongsian yang tular itu sahaja, tidak dapat dipastikan sama ada wanita dalam video tersebut mengetahui mengenai keseluruhan menu restoran atau status serta kaedah penyediaan makanan di premis berkenaan.

Setakat maklumat yang dikongsikan, tiada penjelasan daripada individu dalam video berhubung perkara tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trennding yang lain pada pautan di bawah.

sosej2026-04-24 16:19:39

Muncul Dakwaan Sosej Farm's Gold Tidak Halal, Ini Penjelasan Penuh JAKIM

The post Netizen Persoal Dua Individu Muslim, Promosi ‘Steakhouse’ Ada Menu ‘Pork’ – “Memang Jelas Restoran Tu Tak Halal” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved