“Bukan Anak Muda Je Datang, Warga Emas Pun Ramai” – Tempat Wuduk Ergonomik Di Masjid Sri Sendayan Raih Pujian [Video]

Home & LivingArchitecture
3 Sep 2026 • 4:19 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang individu memuji ruangan tempat wuduk yang tersedia di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Jelasnya, memang tidak dapat dinafikan bahawa seni reka bentuk masjid tersebut sangat cantik dan layak dinobatkan sebagai Global Outstanding Mosque of the Year 2026 dalam World Islamic Tourism & Trade Awards (WITA) sebelum ini.

Baca Artikel Berkaitan: Masjid Sri Sendayan Diiktiraf Sebagai Masjid Terbaik Dunia Bagi Tahun 2026

Tempat Wuduk Di Masjid Sri Sendayan Raih Perhatian

Namun jelasnya, apa yang menarik perhatian bukanlah seni bina yang indah semata-mata tetapi fasiliti tempat mengambil wuduk yang dikatakan ergonomik, efisien dan tidak memerlukan pengguna untuk membongkok setiap kali mengambil air sembahyang di masjid berkenaan.

“Tapi yang menarik perhatian saya sebenarnya bukan kubah atau menara. Tempat wuduk dia. Sebab kita selalu fikir tempat wuduk ni mudah je.

“Ada paip. Ada air. Ada longkang. Siap. Tapi cuba fikir. Kalau paip terlalu rendah, kita kena membongkok banyak kali. Sekali dua mungkin tak kisah. Tapi kita ambil wuduk setiap hari,” katanya.

‘Ada Orang Yang Lutut Tak Lagi Kuat Untuk Bongkok Ambil Air Wuduk’ – Pengguna Threads

Hal ini kerana menurutnya, bukan sahaja golongan muda malah golongan warga emas beribadat di masjid yang mana sesetengah daripada mereka tidak lagi larat untuk membongkokkan badan.

“Ada mak ayah kita. Ada warga emas. Ada orang yang lutut dah tak kuat. Ada yang belakang memang mudah sakit. Orang muda pun sekarang banyak kena sakit belakang tau?

“Jadi kenapa tak reka tempat wuduk yang lebih mesra badan dan mesra semua umur? Ergonomic orang putih kata,” ujarnya.

View on Threads

Jelas pengguna Threads itu, paip di tempat mengambil wuduk diletakkan lebih kurang 4 kaki dari lantai supaya jemaah tidak perlu terlalu membongkok.

“Air pula jatuh terus ke longkang khas. Tak banyak air memercik ke lantai dan seluar. Lantai pun lebih mudah dikawal daripada jadi terlalu basah dan licin.

“Lepas tu, kepala paip boleh guna aerator atau bubble yang mana air dicampur dengan udara supaya penggunaan air boleh jadi lebih cekap,” katanya.

Dalam masa sama, individu itu turut mencadangkan agar tempat wuduk sebegini dijadikan sebagai satu standard dan contoh kepada tempat ibadah yang akan dibina pada masa akan datang.

Majoriti Tempat Wuduk Di Masjid Di Singapura Guna Reka Bentuk Sama Seperti Di Masjid Sri Sendayan – Warganet

Menjengah ke ruangan balas, seorang warganet berkata bahawa reka bentuk dan susun atur tempat wuduk di Masjid Sri Sendayan ini adalah sama seperti kebanyakan masjid di negara jiran, Singapura.

“Saya pernah terlibat dalam design masjid-masjid di Singapura. Majoriti masjid-masjid di sana macam inilah tempat wuduk. Dia tak ada lantai rise step up macam (sesetengah) masjid-masjid di Malaysia ni.

“Semua rata macam dalam masjid Sendayan ni. Reka bentuk tempat wuduk dekat masjid sana ada garis panduan disediakan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS),” kata seorang

Sementara itu, ada juga yang bersetuju dengan pandangan dilontarkan selain berkata tempat wuduk di masjid tersebut adalah selesa.

Masjid Sri Sendayan Diwakaf Pengasas Kumpulan RHB

Sekadar info, Masjid Sri Sendayan mula dibina pada tahun 2015 dan secara rasminya dibuka kepada orang ramai pada 20 September 2019.

Masjid yang mampu memuatkan 5,000 jemaah dalam satu masa ini dibina melalui konsep wakaf oleh Pengasas Kumpulan RHB, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dengan pengendalinya adalah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sebagai pemegang amanah.

Ia merupakan masjid kedua yang diwakafkan oleh Abdul Rashid yang juga Pengerusi Tabung Haji selepas Masjid Hussain atau juga dikenali sebagai Masjid Putih yang terletak di Seremban 2.

Image from: “Bukan Anak Muda Je Datang, Warga Emas Pun Ramai” – Tempat Wuduk Ergonomik Di Masjid Sri Sendayan Raih Pujian [Video]
Image from: “Bukan Anak Muda Je Datang, Warga Emas Pun Ramai” – Tempat Wuduk Ergonomik Di Masjid Sri Sendayan Raih Pujian [Video]
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Masjid Sri Sendayan: Masjid Gah Atas Wakaf Seorang Lelaki Hebat

Baca Artikel Berkaitan: Masjid Sri Sendayan, Damansara Perdana, Selat Melaka & 7 Lagi Masjid Yang Cantik Sekitar Malaysia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved