Mayat lelaki warga emas dijumpai dalam kereta di George Town

3 Sep 2026 • 10:37 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Mayat lelaki warga emas dijumpai dalam kereta di George Town

Mayat seorang lelaki warga emas berusia 62 tahun ditemukan di dalam sebuah kereta di tempat parkir di Lebuh Sungai Pinang 7, George Town.

GEORGE TOWN: Mayat seorang lelaki ditemukan di dalam sebuah kereta di tempat parkir di Desa Penang 2, Lebuh Sungai Pinang 7, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata mangsa berusia 62 tahun ditemukan oleh orang awam yang kemudian memaklumkan kepada pihak polis kira-kira 6.59 petang.

“Mangsa merupakan penduduk setempat (di perumahan itu) dan pemeriksaan terhadap mayat mendapati tiada unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Abdul Rozak berkata pihak polis membuka satu Laporan Mati Mengejut (LMM) bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved