“Bukan Bala Tapi Nikmat..” – Lama Menghilang, Aniq Suhair Muncul Semula Akui Kini Lebih Dekat Dengan Tuhan

Entertainment
22 Dec 2023 • 12:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Lama mendiamkan diri tanpa khabar, pelakon sensasi Aniq Suhair dikatakan kembali ke media sosial untuk menyatakan dirinya kini lebih dekat dengan Tuhan setelah diuji pelbagai ujian.

Menurut sebuah hantaran di laman Twitter miliknya yang di private, dia berkata ujian atau bala yang diturunkan kepadanya itu merupakan satu nikmat dan kelebihan untuk mendekatkan dirinya semula dengan Allah SWT.

Mungkin bukan ujian atau bala tetapi adalah nikmat untuk aku kerana lebih mendekatkan aku dengan Tuhan.

image is not available

Sumber : TikTok  

Hantaran berikut dimuat naik olehnya pada Khamis dan sempat juga meraih perhatian orang ramai kerana kemunculan aktor ini secara tiba-tiba selepas kontroversinya tempoh hari.

Pada masa yang sama, ramai berpendapat bahawa status tersebut ada kaitan dengan isu dirinya yang didakwa tidak mahu bertanggungjawab selepas menghamilkan seorang gadis.

Terdahulu, heboh di media sosial tentang gadis yang mendakwa telah mengandung anak kepada Aniq dan apabila ingin dipertanggungjawabkan, pelakon tersebut enggan terlibat dalam kejadian tersebut.

image is not available 4 weeks ago

"Cukuplah Berpura-pura.. " - Aniq Suhair Akhirnya 'Private' Instagram, Netizen Masih Tunggu Penjelasan Pelakon Muda Ini