“Bukan berlakon pun” – Ramai ‘Influencer’ Datang Premier Filem ‘Mission Impossible’, Tapi Ada Netizen Pertikai?

Entertainment
13 Jul 2023 • 3:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mission Impossible adalah sebuah francais filem aksi yang sudah masuk siri ke-7 dan telah ditayangkan sejak tahun 1996.

Terbaru, filem yang diteraju oleh bintang Hollywood iaitu Tom Cruise itu kembali dengan siri terbaru berjudul Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One.

Pada 10 Julai lalu, pelancaran filem itu diadakan di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur namun, di Malaysia kebiasaannya premier filem sebegitu akan dihadiri oleh artis tempatan serta influencers.

Tujuan acara sebegitu lebih kepada untuk mempromosi filem berkenaan dan menghebohkan lagi tayangan filem berkenaan. Kali ini, ketika pelancaran filem tersebut di sini, ramai nama-nama besar dalam industri seperti Zizan Razak, Ammar Titan serta Maria Tunku Sabri.

Terdapat juga beberapa influencers seperti Gajen, Farhan Mazlan serta Chrystina Ng.

“Berianya”

Pun begitu, dalam posting oleh syarikat panggung wayang itu, terdapat beberapa orang netizen yang mempertikai mengapa artis serta influencers itu melebih-lebih di acara red carpet tersebut sedangkan mereka tidak membintangi filem tersebut.

image is not available

Dalam pada itu, seorang influencer yang terkenal di TikTok, Chi Howe menegur perbuatan segelintir netizen itu dan memerli mereka yang menganggap artis serta influencer tempatan ‘biasa’.

image is not available

Hish, tak baik lah cakap macam tu korang…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.