“Bukan bersama semula” – Didakwa Berbaik Dengan Suami, Diana Danielle Minta Orang Ramai Jangan Salah Faham

Entertainment
5 Apr 2023 • 3:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pasangan selebriti yang kini menjadi bualan ramai, Diana Danielle dan Farid Kamil hari ini hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi sebutan kes hadanah yang membabitkan hak penjagaan dua anaknya iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Dalam sebuah kenyataan hari ini, Diana memberitahu sebutan hari ini berjalan dengan baik dan kedua-dua pihak difahamkan menghampiri jalan penyelesaian serta kata putus.

Malah, Diana turut meminta orang ramai agar terus mendoakan rumah tangganya.

Pun begitu, terbaru melalui Instagram miliknya, pelakon Imaginur itu menyatakan walaupun dia dan suaminya seakan sudah menghampiri kata putus namun dia meminta agar orang tidak salah faham dengan kenyataannya itu.

image is not available

“Mencari konklusi bukan bermakana kembali bersama. Jangan salah faham pula dengan kenyataan saya,” tulisnya ringkas.

Sebelum ini, Farid Kamil berkata dia kini sedang berusaha untuk menyelamatkan keluarga dan mencari jalan terbaik untuk isteri serta dua anaknya. Dia bagaimanapun menyerahkan soal itu kepada yang Maha Esa.

Sama-samalah kita doakan kedua-dua mereka…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.