Bukan Calang-Calang, Begini Ujian Pemilihan Anggota SMART

30 Mar 2025 • 6:26 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bukan Calang-Calang, Begini Ujian Pemilihan Anggota SMART

Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bukan sekadar pasukan penyelamat biasa, tetapi satu unit elit negara yang terdiri daripada individu terlatih dan berkemahiran tinggi.

Setiap anggotanya perlu melalui ujian fizikal dan mental yang sangat mencabar sebelum layak bergelar anggota SMART.

Mereka bukan sahaja bertugas dalam negara, malah sering dihantar ke luar negara bagi membantu operasi menyelamat, termasuk ketika bencana gempa bumi di negara jiran baru-baru ini.

Namun, untuk menyertai pasukan ini, calon perlu melepasi proses pemilihan yang ketat, yang terbahagi kepada dua fasa utama:

Fasa 1: Pemilihan Awal

Pemilihan awal berlangsung selama tujuh hari dan hanya terbuka kepada pegawai serta anggota dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Calon juga perlu memenuhi syarat seperti:

  • Berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun dalam perkhidmatan.
  • Mempunyai jawatan yang sah.
  • Tidak melebihi usia 35 tahun.

Sekiranya calon memenuhi kelayakan ini, mereka akan diuji dalam 10 cabaran utama yang menilai ketahanan fizikal dan mental, termasuk:

  • Larian jarak jauh – 2.4 kilometer dan 7 kilometer.
  • Renang gaya bebas – 300 meter.
  • Ujian fobia tinggi – 10 meter.
  • Apungan di kolam – 10 minit.
  • Ujian fobia darah/mayat.
  • Ujian fobia gelap/ruang sempit.
  • Kecergasan litar.
  • Casevac – 21 kilometer bersama beban.
  • Ujian pengetahuan.
  • Temuduga akhir.

Fasa 2: Kursus Khas SMART

Setelah berjaya melalui Fasa 1, semua pegawai dan anggota yang terpilih akan memasuki Fasa 2, iaitu Kursus Khas SMART.

Fasa 2 merangkumi latihan lebih mencabar dan lasak selama 90 hari (3 bulan).

Dalam fasa ini, mereka akan dilatih dan diuji dengan pelbagai pengetahuan serta kemahiran dalam bidang penyelamatan.

Hanya selepas berjaya menamatkan Fasa 2 barulah pegawai dan anggota terpilih diterima masuk ke dalam SMART.