Bukan Di Darat, Stesen Minyak Pertamina Ini Terapung Di Tengah Laut Di Kalimantan

26 Oct 2026 • 9:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Bukan Di Darat, Stesen Minyak Pertamina Ini Terapung Di Tengah Laut Di Kalimantan

Sebuah stesen minyak yang terapung di tengah perairan di Kalimantan, Indonesia, mencuri perhatian pengguna media sosial selepas rakaman mengenainya tular di TikTok.

Video yang dimuat naik oleh akaun @daeng_salman itu memaparkan sebuah stesen minyak Pertamina yang kelihatan terapung di atas permukaan air dan dipenuhi pengunjung, khususnya pengendali perahu serta bot.

Image from: Bukan Di Darat, Stesen Minyak Pertamina Ini Terapung Di Tengah Laut Di Kalimantan
Kredit: Tiktok @daeng_salman

Keunikan stesen minyak berkenaan menarik perhatian kerana kedudukannya yang berbeza daripada stesen minyak biasa yang lazimnya dibina di darat.

Ia ditempatkan di kawasan perairan bagi memudahkan masyarakat setempat mendapatkan bekalan bahan api tanpa perlu melakukan perjalanan jauh ke darat.

Rakaman tersebut dilaporkan meraih lebih 506,000 tontonan dan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, seorang pengguna yang memperkenalkan dirinya sebagai penduduk Kalimantan Tengah menjelaskan bahawa stesen minyak itu terletak di sungai.

Baca juga:
Image from: Bukan Di Darat, Stesen Minyak Pertamina Ini Terapung Di Tengah Laut Di Kalimantan
Kredit: Tiktok @daeng_salman

“Kalimantan Tengah hadir, SPBU di sungai,” tulis pengguna dikenali sebagai Yazid.

Seorang lagi pengguna, Michae, turut meninggalkan komen dengan menyebut keadaan di Kalimantan.

“Hanya Kalimantan yang banyak asapnya,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved