Pengurus nafi dakwaan Nadeera Zaini ditangkap khalwat bersama suami orang, petang semalam, seperti mana tular di media sosial.
Menurut Acap yang merupakan pengurus kepada penyanyi itu, artis di bawah jagaannya itu kini sedang sibuk menjalani latihan untuk pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39 yang bakal berlangsung Ahad ini.
Instagram will load in the frontend.
Acap berkata, tiada sebarang komen yang boleh diberikan oleh dirinya mahupun Nadeera sekali kerana bukan melibatkan pihak mereka.
“Memang kita sudah jelaskan individu ditangkap khalwat bukan Nadeera.
“Semalam, Nadeera ada latihan dan ‘fitting’ baju, jadi tak mungkin dia kena tangkap,” katanya.

Pengurus nafi dakwaan Nadeera ditangkap khalwat
Akui Acap, dakwaan tersebut sedikit sebanyak mengganggu tumpuan penyanyi lagu Bukan Lagi Kita itu yang sedang membuat latihan untuk AJL39 nanti.
“Sejak berita heboh diperkatakan ramai menghubunginya untuk kepastian.
“Jadi, saya mohon tolong jangan ganggu Nadeera sebab saya tak mahu tumpuannya terganggu.
“Apatah lagi, ini adalah AJL pertamanya ,” kata Acap lagi.

Terdahulu, Nadeera atau nama sebenar Farah Nadeera Zaini dipetik oleh segelintir warganet susulan timbul khabar angin mengaitkan dirinya dengan suami orang.
Malah, hari ini, turut kecoh mengenai berita tentang Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tangkap khalwat penyanyi wanita yang juga bekas peserta program realiti televisyen dengan suami orang dalam sebuah rumah sewa pukul 2 petang, semalam.
Memetik sebuah portal tempatan,penyanyi tersebut sebelum ini bertindak menggangu ketenteraman rumah tangga lelaki tersebut yang merupakan suami kepada sahabat baiknya sendiri.
Rumah tangga lelaki tersebut kini berada dalam keadaan goyah namun belum bercerai secara sah dengan isterinya.
Setakat artikel ini ditulis masih belum dapat penjelasan berkenaan perkara ini daripada Jabatan Agama Islam Selangor.
Sumber: Utusan Online (Wafa Aulia), BH Online (Serimah Mohd Sallehuddin)



