JAIS Akhirnya Sahkan Sesuatu Mengenai Penyanyi Wanita Yang Ditangkap Khalwat Dengan Suami Orang

LocalEntertainment
13 Feb 2025 • 6:18 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Jais Nadeera Zaini

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan berlaku tangkapan khalwat membabitkan seorang selebriti pada Selasa lepas tapi pihaknya menafikan bahawa individu yang ditahan adalah penyanyi, Nadeera Zaini.

Menurut laporan Harian Metro, kes tangkapan khalwat itu memang ada tetapi Nadeera tidak terlibat seperti yang didakwa di media sosial dan perkara ini dikatakan sendiri Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nur Syamira Md Suffri.

Fitnah atau salah faham?

image is not available

Spekulasi mengenai Nadeera ditangkap khalwat mula tular selepas seorang bekas peserta program realiti didakwa ditahan bersama seorang lelaki berstatus suami orang di sebuah rumah sewa sekitar jam 2 petang, Selasa lepas.

Isu ini menjadi semakin panas apabila nama Nadeera mula dikaitkan, lebih-lebih lagi dengan popularitinya menerusi lagu Bukan Lagi Kita.

Namun, pengurus Nadeera, Acap, segera tampil menepis dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa Nadeera berada di tempat lain pada waktu kejadian.

Nadeera sibuk buat persiapan AJL 39

image is not available

Acap turut menjelaskan bahawa pada hari kejadian, Nadeera sebenarnya sibuk menjalani latihan untuk Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39 yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Ahad ini.

Dengan persiapan penting yang sedang dijalankan, tuduhan terhadap Nadeera dianggap sebagai tidak berasas dan mencemarkan nama baiknya.

#ApaKataOhmedia

Sebelum menyebarkan sesuatu berita, pastikan kesahihan maklumat terlebih dahulu. Fitnah boleh merosakkan nama baik seseorang dan memberi kesan yang besar dalam kehidupan mereka. Jangan mudah percaya dengan gosip tanpa bukti!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


The post

appeared first on

.