"Bukan Ditahan Sebab Ucap Palestin & Gaza" - Lelaki Dedah Sebab Sebenar Imam Turkiye Ditahan Di Mekah

15 Nov 2023 • 3:53 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Baru-baru ini, portal serata dunia melaporkan satu berita di mana seorang Imam dari Turki ditahan di Mekah hanya kerana menyebut perkataan "Palestin" & "Gaza". Berita tersebut mendundang kecaman majoritinya dari muslimin dan muslimat yang mengecam tindakan pihak berkuasa di Mekah.

Adakah benar itu yang telah berlaku? Itu yang menjadi persoalan buat kita semua. Tergamak pihak berkuasa Arab Saudi menahan seseorang hanya kerana menyatakan sokongan terhadap saudara seislam kita iaitu warga Palestin yang sedang teruk dibedil oleh Israel Laknatullah.

Menurut seorang pengguna platform X (Twitter) iaitu @MuneebMy, dia berjaya merungkai apa sebenarnya yang berlaku.

Menurut ciapan beliau, rupa-rupanya mereka menerbangkan dron di Tanah Suci Mekah. Untuk pengetahuan anda, untuk menerbangkan dron perlu mendapat persetujuan atau permit dari pihak berkuasa. Larangan untuk terbangkan dron ini bukan sahaja ada di Kota Mekah, bahkan di negara kita juga.

Susulan dari viralnya berita tersebut, sekaligus memberi imej yang buruk terhadap agama islam sendiri. Moga kita sampaikan berita yang sahih dan bukan fitnah.