Imam Turki Dakwa Ditahan Di Mekah Selepas Guna Perkataan ‘Palestin’?

15 Nov 2023 • 4:12 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang iman Turki dikenali sebagai Mustafa Efe didakwa telah ditahan sewaktu di Mekah susulan menggunakan perkataan ‘Palestin’ dan ‘Gaza’.

Ditahan ketika di Mekah

Memetik laporan dari BNN Turkey, Mustafa Efe telah memberitahu tentang penahannnya menerusi satu video ringkas di media sosial dan menjelaskan bahawa telah ditahan kerana dipercayai menggunakan dua perkataan tersebut.

Dia turut berkongsi gambar keadaannya yang digari di bahagian kaki dan dimuat naik semula oleh pihak Daily Islamist di aplikasi X.

Imam Turki sudah bebas & kembali lakukan umrah

Walau bagaimanapun, dia telah menyatakan tempoh tahanannya selama beberapa jam sudah tamat dan dibenarkan mengerjakan umrah semula.

Mustafa Efe juga sempat memuat naik gambar berlatarbelakangkan Kaabah dan memaklumkan masalah yang berlaku sudah selesai.

Sudah tentu penahanan imam berkenaan menarik perhatian ramai memandangkan ia berlaku di dalam kawasan Masjidil Haram.

Punca ditahan sebab terbangkan dron

Walau bagaimanapun, menerusi keterangan daripada akaun X MuneebMy, dia memberitahu bahawa menyebut perkataan ‘Palestin’ dan ‘Gaza’ bukan punca sebenar penahanan tersebut kerana difahamkan individu itu telah menerbangkan dron yang pastinya melanggar peraturan.

Hal ini dikongsi rakan kepada imam berkenaan di ruangan Insta Story dan memaklumkan hal sebenar.