Bukan hanya waktu bekerja! Skim LINDUNG 24 Jam beri perlindungan sepanjang hari

LocalBusiness & Finance
18 Sep 2026 • 10:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa dan pastinya bukan sesuatu yang boleh dijangka, terutama ketika seseorang sedang dalam perjalanan pulang selepas selesai bekerja.

Justeru itu, Skim LINDUNG 24 Jam merupakan antara inisiatif PERKESO yang memberi 24 jam perlindungan kepada pekerja yang layak, termasuk di luar waktu kerja dan pada cuti am.

Image from: Bukan hanya waktu bekerja! Skim LINDUNG 24 Jam beri perlindungan sepanjang hari

Sangat penting kerana terpakai di luar waktu bekerja

Bagi Muzaidi, seorang penjual air balang, caruman skim berkenaan dibuat oleh majikannya dan dianggap sangat penting kerana perlindungan tersebut masih terpakai selepas waktu bekerja.

Menurutnya, sebagai contoh, kemalangan tidak diingini boleh berlaku ketika dalam perjalanan pulang daripada berniaga, termasuk kemalangan motosikal.

“Contohnya, jika kita sedang menunggang motosikal dan dilanggar kenderaan lain, terutama pada waktu malam, kita masih mendapat perlindungan daripada PERKESO menerusi Skim LINDUNG 24 Jam sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini,” ujarnya.

Image from: Bukan hanya waktu bekerja! Skim LINDUNG 24 Jam beri perlindungan sepanjang hari

“Malang tidak berbau…”

Sementara itu, Amy yang bekerja di pejabat berkata, caruman Skim LINDUNG 24 Jam dibuat secara automatik oleh majikan dan menyifatkannya ia sebagai sesuatu yang penting demi keselamatan dan kebajikan pekerja.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang perlu pulang lewat, perlindungan 24 jam dilihat memberi sedikit ketenangan sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

“Benda ni penting sebab yang paling utama sekali, malang tak berbau.
“kita tak boleh nak jangka apa yang akan berlaku dan pastinya ia tidak ada dalam perancangan kita. Jadi kita perlu sentiasa bersedia. Perlindungan ini pastinya satu pilihan yang cukup baik untuk keselamatan,” katanya.

Image from: Bukan hanya waktu bekerja! Skim LINDUNG 24 Jam beri perlindungan sepanjang hari

Sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan

Bagi Umairah pula, dia yang sememangnya sudah berada dalam Skim LINDUNG 24 Jam turut menyifatkan skim tersebut sangat penting kepada para pekerja.

Katanya, kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa, termasuk ketika seseorang sedang bekerja mahupun selepas selesai bekerja.

“Sebab kita tak tahu anything would happen between 24-7 kan?Kadang-kadang kemalangan tu boleh berlaku selepas daripada kita kerja. So, It should be, semua orang kenalah ada perlindungan 24 jam ni,” jelasnya.

Dia juga menegaskan bahawa pekerja tidak akan rugi kerana perlindungan tersebut penting sebagai persediaan menghadapi perkara yang tidak dijangka.

Image from: Bukan hanya waktu bekerja! Skim LINDUNG 24 Jam beri perlindungan sepanjang hari

Jadi, orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Skim LINDUNG24 Jam PERKESO boleh berkunjung ke Festival Mega iLINDUNGu di Strand Mall, Kota Damansara, yang berlangsung dari 18 hingga 20 September 2026.

Pelbagai aktiviti turut diadakan sepanjang festival berkenaan, pelbagai aktiviti menarik disediakan termasuk cabutan bertuah selain peluang untuk orang ramai mendapatkan maklumat lanjut mengenai perlindungan yang disediakan PERKESO.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved