“Bukan Ina Porengge Bang…” Lelaki Ini Ajar Cara Sebut ‘Pergi Mana’ Dalam Tamil Dengan Betul

12 Jan 2023 • 10:09 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Sekiranya mempunyai kawan berbangsa India, pastinya terbiasa dengan perkataan yang disebut oleh mereka dan lebih hebat lagi, dapat faham dengan setiap ayat pendek yang dikatakan.

Bukan setakat kawan, tetapi jika hidup berjiran dengan kaum lain juga, dengan mudah kita dapat menangkap setiap bait-bait yang dikeluarkan. Secara automatik sudah pandai berinteraksi dengan mereka.

Mendengar sahaja tidak cukup, perlu juga untuk bertanya kepada mereka bagaimana sebutan yang betul untuk mengelakkan salah faham berlaku.

Mujur ada seorang lelaki bernama @divendranbaskaran di TikTok, dia menerangkan cara sebutan yang betul supaya kaum lain tidak melakukan kesalahan yang sama.

Perkongsian tersebut dibuat kerana salah seorang pengguna bertanya kepadanya mengenai maksud perkataan Tamil yang sering digunakan oleh kaum India.

Namun apa yang menarik perhatiannya ialah cara ejaan dan sebutan yang digunakan oleh orang terbabit hingga mendapat tontonan lebih dari 1.7 juta.

Pertanyaan pengguna itu berbunyi seperti ini, ‘Ina Porengge apa bang,’.

“Haa yang ni saya selalu kena. Dia bukan ina porengge bang.

“Ramai dekat luar sana, member melayu saya semua cakap ina ina ina. Ina ni siapa? Ina ni kekasih lama you all ke?” katanya sambil ketawa.

Ia bermaksud ‘Pergi Mana’

Dia kemudiannya menerangkan maksud perkataan itu kepada orang ramai memandangkan ada rakan Melayu juga dipercayai sering menggunakannya kepada orang kawan India mereka.

“Bukan ina porengge dia yengge porengge. Yengge maksudnya mana, porengge tu pergi. Kalau direct translate dia terbalik lah, tapi kalau dalam bahasa Tamil betul, maksudnya pergi mana?

“Kalau kita jumpa orang biasanya, kita tanya pergi mana? Dalam bahasa Tamil pula Yengge Porengge,” tambahnya.

Dalam pada itu, dia juga menerangkan mengenai maksud Enna Dei yang membawa maksud dalam bahasa melayu ialah ‘Kenapa ni’.

Ujarnya, jika mahu bergurau dengan rakan India, mereka boleh menggunakan perkataan Enna Dei itu sambil menggelengkan kepala.

Sumber: @divendranbaskaran via Tiktok

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved