[VIDEO] Terima ‘Si Bulus’ Sebagai Hadiah, Sekarang Gadis Susah ‘Move On’ Dari ‘Ex-BF’

Entertainment
29 Dec 2022 • 6:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap permulaan pasti akan ada pengakhiran, sama juga seperti penemuan yang akan berakhir dengan perpisahan.

Begitu jugalah kisah percintaan yang tidak dapat diteruskan kerana ketentuan takdir yang sudah tertulis. Memang sedih tapi nak buat macam mana…

Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok, memaparkan seorang gadis yang baru sahaja berpisah dengan bekas kekasihnya.

@yourateh

#SlowZoom ape kate kite buat celup tepung

♬ original sound – Shuna !!

Dapat kucing dari bekas kekasih??

Apa yang lebih memeritkan, pemilik akaun TikTok berkenaan yang dikenali sebagai Ateh memberitahu, dua tahun sebelum perpisahan mereka, bekas kekasihnya telah menghadiahkan seekor anak kucing.

Bagaimanapun kini, si bulus comel itu telah menyukarkan dirinya untuk melupakan memori silam bersama bekas kekasihnya yang masih tersemat di hatinya.

“Saya memang suka kucing sejak kecil tapi family saya tak bagi bela sebab mereka ada alahan semua,” katanya.

Teman lelakinya ketika itu, tahu Ateh seorang pencinta kucing jadinya dia memberi seekor kucing kepunyaan sepupunya dan sebenarnya dia tak suka pun kucing tapi dia layankan sahaja.

image is not available

Jaga sorok-sorok dari family

Ateh yang memberikan nama ‘Cimo’ kepada anak kucing belaannya itu disimpan di dalam bilik stor rumahnya.

Ateh memberitahu, dia menjaga Cimo bersendirian dan sorok-sorok daripada ahli keluarganya tetapi akhirnya ‘kantoi’ juga, namun keluarga Ateh tidak kisah kerana mereka pun sudah jatuh hati terhadap Cimo.

Difahamkan, Ateh berkongsi punca perpisahan dia dengan teman lelakinya adalah kerana mereka tidak lagi sehaluan dan sekufu.

Menurut Ateh, jika dia terasa rindu kepada bekas kekasihnya itu dia akan memeluk Cimo seerat-eratnya untuk mengubati rindu di hati.

image is not available

Walaupun Cimo menjadi tempat untuk melepaskan rindu yang terbuku di hati, Namun Ateh telah menerima suratan takdirnya.

Perancangan Ateh kini adalah untuk fokus kepada pelajaran dan perniagaannya, dia juga sempat menitipkan pesanan untuk mendahulukan perasaan diri sendiri sebelum orang lain.

“Kucing pun ada broken home eh sekarang..” – Netizen

Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan menyuruh Ateh kembali menjalinkan hubungan bersama bekas kekasihnya itu.

image is not available

Bertabah la kak ehh… Tapi Cimo tu cute!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.